Isu duit hilang dari akaun bank sekarang ini semakin menjadi-jadi kan? Berapa banyak dah kena tipu dek kerana scam online yang sekarang ini semakin giat menjalankan operasi mereka.
Seorang lelaki, DJ Luke baru-baru ini meluahkan rasa terkejut beliau apabila mendapati beliau ‘hilang’ lebih RM99 juta daripada akaun banknya semasa tripnya ke Paris.
Semasa sedang tidur, beliau menerima panggilan daripada bank pada jam 5.18 pagi waktu Paris. Tiada sebarang details pada rekod transaksi dan secara tiba-tiba defisit ini ditunjukkan pada akaun beliau.
Beliau kemudiannya telah menetapkan penggeranya pada jam 2 pagi waktu Paris untuk menghubungi bank sebelum dibantu seorang pengurus bank yang sangat membantu dalam menerangkan prosedur yang perlu dilakukan.
Tambah DJ Luke lagi, kes ini masih dalam proses penyelesaian.
Fuh kalau RM99 boleh juga nak buat lek buat peace. Ini RM99 juta! Min kalau nampak pun mau tanjat!
Facebook: Luke Loke