Sebagai umat Islam, mencari yang halal itu memang satu kewajipan.
Baru-baru ini, terdapat satu perbincangan mengenai status halal satu jenama air berkarbonat dari Australia, Bundaberg yang seringkali terlihat dijual di supermarket di Malaysia. Yang duduk Australia, pasti pernah minum air ni.
Isu ini menjadi perbincangan kerana dalam satu hantaran di Twitter, ada gambar menunjukkan air ini diletakkan di kawasan tidak halal.
Namun, ramai berpendapat minuman tersebut boleh diminum kerana tiada kandungan alkohol yang boleh menyebabkan mabuk. Namun ada juga yang mengatakan ia haram kerana proses pembuatannya sama seperti pembuatan arak.
Dalam laman web IFMAL, mereka menyatakan air ini bukan air karbonat tetapi carbonated juices yang mana rasanya sedikit fizzy. Air ini dibrew antara 2-7 hari mengikut perisa dan ia bukan air alkohol.
Min petik sikit dari website dorang:
“Sekiranya dalam jus melebihi 1% kandungan alkohol maka ianya haram untuk diminum. Alkohol digunakan (perisa/perasa) sebanyak 0.5% sahaja yang bertindak sebagai carrier. Maka sekiranya tidak melebihi 0.5% ia bukannya alkohol yang menjerumus kepada arak.
Rumusnya di sini: Arak adalah arak maka ianya haram dan Alkohol tak semestinya arak.
Tuntasnya untuk bundaberg ni bukan air alkohol ya. Sekiranya ada kandungan alkohol semuanya dibawah 0.5%. Maka sebab tu Bundaberg boleh dilabel sebagai non-alcoholic drinks.”
Kredit: via Twitter @jnmalaysia, IFMAL