Sekarang ni kita dapat lihat orang Malaysia berlumba-lumba nak jadi putih. Disebakan stigma yang mana putih itu cantik, banyak produk-produk yang diiklankan majoritinya untuk mendapatkan kulit yang putih. Sampai sanggup membahayakan keselamatan diri sendiri!
Antara cara popular untuk mendapatkan kulit yang putih secara cepat ialah dengan menggunakan whitening drip.
Dalam satu sharing di TikTok, servis whitening drip kini rupanya dah ditawarkan secara drive-thru. Pelanggan akan diberikan drip dalam kereta sahaja. Jadi maknanya dekat mana-mana pun onz je nak buat drip!
Dengan yakinkan pelanggan yang mereka boleh putih sebelum hari raya, harga yang ditawarkan memang rendah. Jadi sesiapa yang mudah tergoda, memang akan menempah servis ini tanpa memikirkan keselamatan diri dan bahaya yang akan mendatangi mereka.
Fuh, pening gini. Harapnya korang tak tergolong dalam golongan inilah ya.
TikTok: @whiteningdripmalaysia