Di saat dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, diakui ramai yang terkesan kan? Namun dalam keadaan masing-masing struggle, rakyat Malaysia ni tetap prihatin dengan kesusahan orang lain.
Lihat sahaja posting seorang lelaki yang mahu mencari kereta wira bajet kerana kereta lamanya rosak selepas mengalami kemalangan. Namun kereta bajet yang dicarinya mahu dibayar secara ansuran kerana tidak mampu.
Di ruangan komen, ramai yang tampil untuk memberikan bantuan. Malah ada yang menawarkan kereta secara percuma!
Selepas selesai pemberian kereta, bahagian komen dibanjiri pula dengan tawaran untuk servis percuma kepada lelaki tersebut. Ada yang menawarkan servis cat kereta, pemasangan tinted dan sebagainya!
Murah hati betul kan rakyat Malaysia. Baca ruangan komen posting abang tersebut, auto mata masuk habuk!