Sebelum membeli, biasanya kita sebagai pengguna pastilah memilih premis yang menawarkan harga barangan yang lebih murah kan? Tambah pula dalam keadaan ekonomi yang tak stabil ini.
Baru-baru ni, ada seorang pengguna Twitter memberitahu biasanya beliau membeli barangan harian di sebuah pasar raya. Tetapi kali ini beliau mencuba untuk membeli di Mydin.
Hasilnya beliau mendapati, barangan yang dijual di pasar raya yang biasa beliau kunjungi jauh lebih murah.
Terpanggil untuk menjawab tweet berkenaan Boss Mydin, Ameer Ali Mydin dengan tenang menerima pandangan peribadi beliau dan menjelaskan Mydin akan mencuba sedaya upaya untuk bersaing dengan beberapa pasar raya besar lain.
Tidak melatah dalam menerima pandangan berkenaan isu perbandingan harga tersebut, respon Boss Mydin mendapat pujian ramai yang senang dengan cara beliau.
Kalau macam ni punya respon, memang ramailah yang senang kan dengan Boss kita kan?
Twitter: RifdiAmri