Walaupun sekarang zaman dah maju, korang percaya tak yang masih ada sebenarnya yang tetap dengan kepercayaan karut.
Macam yang tengah viral di China, seorang pengurus syarikat teruk dikecam lepas kantoi reject pemohon kerja yang nombor telefonnya berakhir dengan nombor ‘5’.
Kes ni memang dapat liputan di di China. Dalam satu berita, pengurus tersebut juga dikatakan menolak permohonan yang ada nombor ‘5’ sebagai nombor kelima dalam nombor telefon mereka.
Kalau calon betul betul berminat nak kerja di sana, mereka dinasihatkan untuk tukar nombor telefon.
Pelik la kan sebab nombor telefon tak berkait pun dengan kecekapan dan etika kerja. Jadi ramailah yang marah disebabkan polisi yang tak masuk akal tu. Tapi, ada juga yang menyokong.
Korang pulak yang mana satu? Apa yang akan korang react dalam situasi ni?