Kes Johnny Depp dengan Amber Heard memang dapat liputan meluas media antarabangsa & tempatan. Sampaikan kita kat Malaysia ni pun sentiasa ternanti-nanti tentang perkembangan terbaru kes dorang.
Yang baru ni, Depp dikatakan boleh rampas asset Heard kalau bekas isterinya gagal untuk bayar ganti rugi seperti yang diarahkan mahkamah.
Ini lepas peguam Heard mendedahkan yang anak guamnya tak mampu nak bayar Depp ganti rugi sejumlah $15 juta (RM65 juta) seperti yang diarahkan mahkamah.
Bagi pihak peguam rayuan pula, Depp dikatakan boleh ambil pilihan lain untuk dapatkan kos ganti rugi tersebut iaitu rampasan asset milik Heard.
Fuh, memang menangislah Heard nak membayarnya. Maybe sebab tu juga Heard dilihat shopping dekat butik murah lepas disaman Depp.
Korang boleh tonton video dekat: COURT TV