Isu double parking ni memang dari dulu takkan pernah habis. Nak lagi kalau dekat kawasan yang tempat parking dia terhad macam kawasan Bandar terutamanya kawasan perumahan tinggi, rumah kedai dan sebagainya.
Adab nak double park biasanya jangan Tarik handbrake tak pun tinggalkan nombor fon supaya senang orang yang diblock tu hubungi kalau dorang nak keluar. Ini tidak, dahlah double park, tinggal Tarik handbrake, tak tinggal nombor fon, lepas tu lama pulak tu perginya.
Tapi lain pula hal ni. Wanita ni patahkan side mirror Myvi menggunakan penyapu walaupun si mangsa, pemilik kereta dah tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Katanya kejadian berlaku di Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dan laporan polis dah pun dibuat. Mangsa minta orang ramai yang kenal pelaku tu untuk hubungi beliau bagi selesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik.
Video 1: Utussan TV