Bila musim hujung minggu & cuti sekolah, Cameron Highland memang akan jadi destinasi tumpuan pelancongan. Sebab suhunya yang sejuk dan dekat dengan nature buatkan ramai yang jeles dengan residen yang menetap dekat sana.
Tapi gais, realiti tak seindah yang kita bayangkan tau. Jom tengok apa yang terpaksa dorang hadap hari-hari dengan sharing video dari @nraliia dekat TikTok ni.
Kalau duduk dekat sana, tak tahan sejuk memang boleh naik stress weh. Bayangkanlah nak cuci pinggan pun dah terasa sejuk terkena air, korang imagine pulak nak mandi. Aduh seksa. Walaupun dah mandi guna air heater, tapi bila keluar je terkena angin aduh! Memang boleh merangkak balik cari selimut.
Dah tu siang pun terpaksa pakai stoking sebab lantai pun dah sejuk. Nak pula kena time malam, mana cukup selimut nipis sehelai macam tu je. Paling koman pun 2 comforter nak guna.
Makanan pun cepat sejuk, apatah lagi mnyak masak. Memang jenis pepejal jelah yang korang jumpa nanti.
Kita pi Cameron dua hari pun dah rasa ‘azab’ hadap air sejuk, CT tak boleh imagine kalau hari hari kena lalui benda sama. Mau kat rumah tu pun aku pasang heater.