Bila nak masuk tahun baru, ramailah yang mula mencari-cari calendar untuk tahun depan. Senang katanya nak tengok berbanding calendar dalam fon tu. Biasanya rakyat marhaen macam kita ni hanya mintak calendar free je dekat kedai tu. Yang ada gambar kuda tu.
Tapi yang level atas sikit, collector calendar rare ni sampai sanggup beli calendar dari brand-brand mewah macam yang baru ni viral calendar Chanel.
Cumanya yang tak best, ada yang cakap calendar Chanel ni tak berbaloi pun dengan harganya yang kalau ditukar ke MYR boleh cecah lebih kurang RM3,490 tau. Walaupun bentuknya eksklusif – bentuk botol minyak wangi ikonik Chanel N°5.
Apa yang akan korang dapat:
Bila je @eliseharmon bagitahu yang tak berbaloi dengan apa yang dibayar, katanya dorang ni kena block dengan akaun Chanel. Lepas tu tak lama pun akaun Chanel pun dah tak lagi dijumpai dekat TikTok.
Tapi netizen biasalah. Tak dapat kat TikTok, habis diserangnya Instagram untuk tinggalkan komen dorang pasal Chanel yang koyak ni tadi.
Ada orang kata tak berbaloi, tapi sold out jugak kalendarnya. Begitulah kehidupan, tak indah kat mana korang, indah dekat mata orang lain.
Gituh~