Baru je Pavilion Bukit Jalil rasmi dibuka kepada umum, memang ramai yang dah serbu. Sebab awal-awal pembukaan ni ramai yang buat sale termasuklah Toy ‘R’ Us yang tawarkan hampir 60% diskaun kepada barangan terpilih.
Toy R Us ni memang terkenal dengan koleksi permainan yang rare & limited jugak. Tapi harganya tu boleh tahan mahal juga. So bila dah sale tu ramailah yang serbu kan. Termasuklah orang-orang dewasa.
Dekat satu sharing FB yang dah pun didelete, seorang ahli group Hot Wheels Trade & Sell Group Malaysia ni share lah gelagat orang dewasa yang gigih menyelam dalam rak Hot Wheels untuk tengok kot ada koleksi rare yang dorang boleh beli dengan diskaun tu.
Nampak kelakar tapi itulah geng. Benda tengah promo, nak pulak kalau luck jumpa barang rare memang ong sangat dah tu.
Korang pun kalau ada hobi yang sama pun, mesti sanggup kan buat apa je demi nak dapatkan koleksi rare. Simpan lama-lama boleh jadi duit tu.
Cuma musim COVID-19 ni, dah jadi kesalahan la kan sebab langagr SOP penjarakan fizikal.
Apa-apa pun memang salute lah kegigihan tu. Mungkin boleh teruskan di masa promosi akan datang. ;p
Korang kalau peminat Hot Wheels, kena masuk group FB ni. Fuh, rambang mata dibuatnya tengok koleksi yang dorang update.