Kalau ada rakaman kejadian gaduh yang tersebar dekat social media, mesti kualiti dia menyakitkan hati kan?
Dengan bergoyang-goyangnya, rakaman ke hulu ke hilir sampai kita pun tak tahu nak tengok apa. Yang paling sakit hati, bila tak dengar suara.
Habis tu macam mana kita nak membawang sebagai nutizen yang berjaya kan?
Tapi skill jurugambar yang ini memang terbaik.
Tak cliché yang macam selalu sebab rakaman kejadian gaduh dia cukup puaskan hati netizen yang dah bosan kena kurung dekat rumah ni.
Stabil, jelas dan sangatlah neutral tak side belah mana-mana. Tenang je dia rakam walaupun orang keliling dah bergaduh macam nak roboh.
Weh, sumpah puas hati. Setiap aksi pun berjaya dirakam dengan baik. Kalau macam ni nak buat report pun senang. Bukti kukuh!
Okey, sesiapa tak nak ambil member kerja ke? Rakam scene macam ni pun power, cuba bayangkan lengkap semua barang nak rakam ada.
Fuh, bertambah power rasanya beb.