Ingat lagi tak masa berapa bulan lepas virus pandemik ni dikenal pasti dekat China, tak lama lepas tu dorang bina hospital khas untuk pesakit wabak ni hanya dalam masa 48 jam je?
Kali ni China menerusi Broad Group buat hal lagi bila dorang bina bangunan 10 tingkat dalam masa lebih kurang 28 jam je.
Syarikat ni jugaklah yang bina Hotel Ark 15 tingkat dalam masa 46.5 jam je. Gila tak gila, benda selalu settle makan masa tahun, boleh siap ikut kiraan hari je. Power la tu!
Katanya bangunan yang siap dibina ni 10 kali lebih ringan daripada bangunan biasa tapi 100 kali lebih kukuh dengan ketahanan pada bencana alam macam ribut & gempa bumi yang kuat.
Kos nak bina pun rendah je. Tapi tak bermakna dorang guna barang cikai tau. Walaupun kos berganda-ganda dapat jimat, tapi kualiti bahannya jauh lebih tinggi daripada bahan biasa dan buatkan bangunan mampu bertahan lama.
Dengan sistem pembinaan pasang siap yang mana unit dah dibina terlebih dahulu di kilang sebelum dibawa gunakan trak dan disatukan di tapak pembinaan, benda ni tak mustahillah kan?
Harap-harap Malaysia pun ada yang guna sistem ni. Senang sikit kerja. Tak adalah ganggu perjalanan atas jalan raya (kalau bangunan dibina di kawasan berdekatan jalan raya).
Kredit gambar: Broad Group