Tak dinafikan, zaman sekarang ni semuanya perlukan duit. Tapi nak dapat duit tu perlulah seiring dengan usaha yang gigih. Tak gigih, tak adalah duitnya.
Kalau hari tu, CT ada share pasal ada remaja tu baru je umur 17 tahun tapi dah jadi jutawan lepas menang cabutan istimewa BSN SSP. Tapi kali ni CT nak share pasal sseorang lagi jutawan muda yang berjaya kumpul asset sebanyak RM5 billion masa usia dia 24 tahun.
Alexandra Andresen disenaraikan dalam senarai Forbes menduduki tempat ke-2141 sebagai orang terkaya di dunia yang mana nilai dia kalau di convertkan ke USD dah cecah USD1.3 billion.
Macam mana Alexandra boleh kaya sampai macam tu sekali?
Kalau nak tahu, family dia ada syarikat investment iaitu Ferd, salah satu syarikat swasta yang terbesar dekat Norway. Walaupun pandemik melanda, Ferd masih bertahan dan kuasai lebih 70% struktur saham kelas kedua.
Kekayaannya diwarisi ibu bapanya dalam bentuk pegangan saham hampir 42%! Tapi bukan Alexandra je yang dapat, kakak dia pun dapat juga nilai yang sama.
Bila kerajaan Norway ambil keputusan untuk pulangkan cukai dekat penduduk yang lebih dari 17 tahun, automatik jugaklah ia tambahkan nilai asset Alexandra kan? Walaupun sebenarnya title jutawan tu dia dah pegang dari umur 19 tahun lagi.
Walaupun bergelar jutawan dan daripada keluarga yang kaya raya, Alexandra ni memang humble gila. Rileks je dia bawak kereta biasa dan enjoy profesion sebagai penunggang kuda profesional.
Idola betullah Alexandra ni.