Peminat nasi kandar dekat KL ni mesti kenal dengan Nasi Kudu. Dia punya surr memang buat orang beratur panjang tak kisahlah tengah panas ke apa semata nak lepaskan mengidam.
Nasi Kudu ni memang lejen sebab dah beroperasi hampir 50 tahun dah. Jadi tak hairanlah kalau ada aura-ura nak tutup buat peminat sedih kan?
Tweet The Malaysian Insight pernah laporkan yang pengusaha restoran risau restoran yang dah beroperasi sejak berdekad lamanya mengalami kemerosotan pendapatan sepanjang pandemik berlaku.
Salah satunya ialah pengusaha restoran Nasi Kudu dekat Chow Kit ni.
Sebab ramai yang dah sayang dengan hidangan nasi kandar dari Kudu ni, ada yang sampai buat #savekudu.
Tapi wakil pemilik restoran ada maklumkan yang Nasi Kandar Kudu ni tak ada niat pun nak tutup kedai dorang dan maklumat yang disalurkan The Malaysian Insight tak tepat.
Jadi hantu nasi kandar, sabajap. Habis PKP kita pi makan dekat sana. Yang penting jaga SOP. Nak tapau bawak balik pun boleh sebab masa PKP ni dorang still buka sampai 7pm.