Korang pernah tak terfikir possibility yang tiba-tiba je korang jadi jutawan segera dek kerana cabutan bertuah?
Ini yang jadi dengan seorang remaja 17 tahun apabila beliau terpilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP April 2021 yang mana akan bawa pulang sijil berilai RM1 juta!
Dari perkongsian Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, remaja yang berasal dari Teluk Kumbar ni mula menyimpan di BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang jadikan ia sebagai saluran untuk menabung.
Yang kelakarnya, dalam perkongsian tu selain daripada ucapan tahniah ada juga yang komen tiba-tiba mencari ahli keluarga yang dah lama hilang. Tak kurang juga yang cuba kenenkan diri sendiri sebagai jodoh kepada remaja berkenaan.
Macam-macam ya netizen sekarang. Bila orang jadi jutawan, dan-dan itulah mengaku keluarga, saudara jauhlah apalah. ;p