Kalau dekat Malaysia, kucing & anjing adalah haiwan yang biasa kita bawa masuk rumah dan dilayan macam ahli keluarga sendiri. Siap ada ruang khas untuk mereka.
Dekat luar negara pula, haiwan peliharaan lain macam babi dan itik juga ada yang bawa ke dalam rumah dan dilayan seperti manusia.
Tapi dekat Indonesia, Detik News ada laporkan kes babi hutan yang tak nak kembali ke hutan lepas dah masuk Kampung Karang Waru sampaikan dia terpaksa dipelihara seorang keluarga kerana kesian.
Yang tambah geram, kemain dia demand nak tidur kalau hanya ada bantal dengan selimut je tau. Eh eh eh. Melebih pulak ye.
Biasa babi hutan ni macam bahaya sebab dia akan serang penduduk. Tapi babi betina ni jinak dan sangat sukakan nasi & susu.
Sebab kelaku babi ni berbeza, dia memang jadi viral dekat sana. Sampaikan dah macam selebriti pun ye. Orang datang nak tengok gelagat dia je. Ada juga yang gelarkan dia sebagai babi ajaib kerana berbeza dengan babi-babi hutan lain.
Amboih! Gaya macam manusia dah.