Pernah tak korang terbayang yang tiba-tiba kehidupan korang berubah sekelip mata dan dimasukkan ke dalam penjara walaupun korang tak pernah pun buat salah tu.
Macam yang berlaku dekat dua beradik keturunan Afrika-Amerika, Henry Lee dan Leon Brown yang ada masalah upaya IQ didakwa perkosa & bunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada tahun 1983.
Masa tu keduanya masing-masing berusia 19 & 15 tahun didakwa dipaksa pihak tertentu untuk tandatangan pengakuan bersalah.
Tapi semuanya berakhir lepas 31 tahun kemudian iaitu pada 2014 bila bukti DNA di lokasi kejadian rupanya bukan milik mereka berdua, sebaliknya individu lain.
Sepanjang 31 tahun tu memang dorang asyik keluar masuk penjara sampaikan develop masalah kesihatan mental sebab terlalu tertekan.
Terasa dianiaya, keduanya pun tuntut balik hak dorang menerusi peguam dan berjaya dapatkan pampasan yang berjumlah RM346.5 juta sebagai ganti rugi dan sekelip mata bergelar jutawan.
Lepas apa yang jadi, Henry dan Leon desak supaya North Carolina berhenti daripada aplikasikan hukuman mati kepada pesalah kerana pesalah yang disabitkan kesalahan tak semestinya memang bersalah.
CT rasa walaupun dorang gembira dapat buktikan yang dorang ni tak salah, tapi apalah sangat pampasan yang diterima kalau nak dibandingkan dengan apa yang dorang hilang selama 31 tahun tu kan.