Kalau dekat Malaysia, siapa yang bawak Toyota Alphard boleh dikategorikan sebagai golongan bangsawan. Megah bergaya di jalan raya.
Tapi korang tahu tak yang dekat China Toyota Alphard ni dorang jadikan macam kereta mayat je. Jangan main-main.
Kalau tengok bahagian dalam kereta, korang akan nampak yang dorang dah modified khas untuk dijadikan sebagai kereta mayat.
4 buah kerusi disusun dalam 2 baris yang mana dekat bahagian belakang kerusi tu ada ruang untuk dorang letak keranda. Siap ada lampu yang nampakkan ruang dalam kereta nampak lebih eksklusif dan mewah.
Selain Toyota Alphard, ada jugak yang gunakan limosin macam yang selalu nampak dalam cerita Jepun. Fuh, bukan biasa-biasa ni. Memang serba mewah!
Mungkin yang gunakan servis ni orang golongan bangsawan je kot. Kalau rakyat marhaen, guna kereta mayat biasa jelah.
Dekat Malaysia, agak-agak kalau buat servis ni laku tak eh?