Semua orang pun terkejut bila PKP diumumkan di seluruh negara. Dah nak dekat raya, masing-masing mulalah rasa macam ‘ei, membazir jek aku beli baju raya semua tapi tak boleh raya’.
Nak buat macam mana gais. Kes makin meningkat, nak tak nak kenalah akur dengan perintah kerajaan bagi elakkan kes jadi bertambah teruk sampailah ke tahap kritikal.
Walaupun #RayaPKP, siapa kata korang tak boleh beraya dengan sungguh-sungguh? Cumanya kenalah guna cara yang sesuai dalam norma baharu ni.
Jom CT ajor korang cemana nak jadikan Syawal korang lebih bermakna:
1. Takbir
Bulan Syawal ni disambut bagi meraikan kemenangan dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Dalam tempoh pandemik ni, boleh je korang bertakbir dengan keluarga dekat rumah.
Atau pun kalau korang beraya sorang-sorang, bolehlah follow cahnnel yang ada siarkan takbir raya dekat TV.
2. Solat sunat Aidilfitri
Dengan kapasiti jemaah yang terhad, tahun ni sekali lagi ada yang terpaksa korbankan rutin solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dekat masjid. Tapi tak apa, korang masih boleh solat sendiri dekat rumah, berjemaah dengan ahli keluarga. Lebih mengeratkan silaturahim orang kata.
Nak solat sendiri pun boleh. Ini panduannya:
3. OOTD
PKP tak bermakna tak ada OOTD kan? Kenalah posing-posing sikit supaya dapat gembirakan hati yang sedih tu. Lagipun kan sunat cantik & bersih di pagi raya. Jangan pulak pasal PKP, pagi raya korang masih lagi atas katil.
Kalau yang beraya dengan keluarga tu, masa nilah nak rakamkan gambar/video kenangan. Nanti boleh frame besar-besar dan tulis #RayaPKP.
4. Nikmati menu Aidilfitri
Tak lengkap rasanya raya tanpa menu-menu Aidilfitri kan. Walaupun korang beraya jauh daripada keluarga, at least sediakanlah sikit juadah macam lemang & rendang atas meja makan tu. Barulah nampak ceria sikit.
Letak pulak kuih-kuih yang warna warni tu, lagi meriah.
5. Berangan
Tak dinafikan #RayaPKP ni buat suasana raya tu macam ada sikit suram. Tapi korang boleh je ceriakan diri dengan rancang lepas je PKP ni habis, nak buat apa & pergi mana. Yang penting tetap jaga SOP norma baharu lah ye.
Salam #RayaPKP gais! Yang bujang jangan sedih-sedih. Panjang umur, kita raya sekali lagi dengan keluarga. Kali ni extra meriah pulak.