Musim pandemik ni memang diakui ramai yang ada ada masalah kewangan sampaikan tak mampu nak bayar tanggungjawab bulanan macam bil telefon, sewa rumah/bilik dan sebagainya.
Tapi janganlah sampai masalah tu dibawa jadi masalah yang menyusahkan orang lain.
Contohnya yang viral dekat TikTok haritu, seorang tuan rumah dikurung oleh penyewa yang sewa bilik dalam rumah dia lepas gagal bayar sewa 3 bulan. Bukan takat tu, kunci pun dia pergi tukar sebelum dia keluar daripada rumah tu.
Memang tak ada hati perut! Sewa tertunggak tak bayar lepas tu buat onar dengan owner.
Masa awal-awal tu, tuan rumah tu bagitahulah kalau penyewa masih berdegil tak nak bayar sewa bilik, kunci rumah akan ditukar. Tapi penyewa tu buat dulu dengan tukar kunci masa tuan rumah tengah tidur.
Kejadian hanya disedari bila tuan rumah tu nak keluar masa pagi tapi tak boleh sebab terkunci dari dalam sampaikan terpaksa call bomba untuk dapatkan bantuan.
Jadi kalau korang ada yang buat servis sewa bilik/rumah ni, pastikan ambil dulu maklumat penyewa macam supaya apa-apa hal senang nak buat report polis untuk tindakan lanjut.
Yang menyewa pun, dah tuan rumah berlembut bagi kau tangguh bayaran sewa janganlah pedajal dia balik. Kalau betul ada masalah, bincang baik-baik. Mana tahu tuan rumah lembut hati nak bagi korang masa untuk buat pembayaran. Bila macam ni jadi kan menyusahkan kedua-dua belah pihak.