Korang mesti pernah dengar kan yang China dah perkenalkan swab test dekat punggung yang mana ianya lagi berkesan dan kurang sakit kalau nak dibandingkan buat swab test dekat hidung.
Signifikannya adalah sebab virus korona ni bertahan lagi lama dekat dubur berbanding dengan saluran pernafasan.
Jadi dekat China, ramailah yang dah buat swab test dekat punggung termasuklah beberapa rakyat negara lain yang ada dekat China.
Tapi kedutaan Jepun dekat China dedahkan ada rakyat Jepun yang sampai trauma lepas buat swab test dekat punggung tu. Jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato dakwa kaedah berkenaan menyebabkan rakyat mereka alami penderitaan psikologi.
Iyalah, rakyat Jepun yang terkenal dengan sopan santun tu disuruhnya dedahkan punggung dekat orang tak dikenalinya, memanglah malu kan?
Jurucakap tu turut rasionalkan yang swab test dekat punggung tu masih lagi belum disahkan dekat mana-mana negara lain kecuali di China.
Kalau korang nak tahu, swab test dekat punggung ni dah pun digunakan sejak tahun lepas lagi, terutamanya dekat orang-orang yang tinggal dalam kawasan zon merah & kawasan pelancong antarabangsa.
Untuk dapatkan sampel, bahan yang bentuk macam cotton bud tu akan dimasukkan ke dalam punggung dengan kedalaman 3-6cm.
Korang bayangkan sendirilah rasanya bagaimana. CT tak sanggup.