Kita kalau dah dapat mandi sungai, aksi yang tak dapat dielakkan ialah terjun tiruk atau pun rendamkan kepala dalam air kan?
Tapi korang hati-hati sebab tak semua sungai boleh mandi dengan rendam kepala tau macam satu sungai dekat New Zealand ni.
Diberi nama Sungai Kerosene, dekat sungai ni kalau korang mandi dengan rendamkan kepala mungkin akibatnya korang boleh maut. Dia punya bahaya sampaikan pihak berkuasa tempatan pun dah bertahun-tahun naikkan papan tanda amaran supaya pengunjung mandi tanpa rendamkan kepala.
Nak tahu sebab apa?
Sebab dalam sungai tu adanya amoeba pemakan otak yang boleh sebabkan berlakunya jangkitan otak rare dan jarang ditemui.
Ameoba naegleria fowleri yang ada dekat kawasan air tawar semula jadi macam kolam air panas semulajadi ni biasanya menjangkiti manusia bila mana air yang tercemar akibat daripada tak cukup kandungan klorin tadi masuk melalui hidung dan menyerang otak.
Biasanya lepas diserang, otak akan membengkak dan dalam tempoh 1-9 hari, akan adalah tanda-tanda jangkitan awal macam contoh tegang dekat leher, badan dah tak balance, cramp dan berhalusinasi.
Kalau tak dirawat dengan cepat, dalam masa 14 hari, orang tu boleh meninggal dunia.
Yang uniknya pasal amoeba ni, korang tak boleh bagi dia masuk hidung je tau. Kalau tertelan ke apa ke, its okay! Tak percaya? Korang boleh baca biodata dia dekat sini.
Jadi sentiasa ingat ya kalau nak mandi kolam air panas semula jadi tu, pandang kiri kanan dulu. Takut sebab korang tak perasan ada signboard amaran jangan rendam kepala, korang pergi rendam jugak kepala dalam tu.
Alamatnya, memang kiok laa geng. T-T