Suka Makan Ketam? Study Tip Pilih Ketam Isi Banyak

Cakap pasal ketam, Abang Bob dah terbayang dah ketam masak salted egg. Fuhlamak! Tak payah makan dengan nasi, ratah macam tue jer pun dah sedap baq hang! Tapi itulah, bab nak membeli ketam bukan boleh sembarangan. Kalau tak pakar dalam membeli, silap hari bulan korang dapat gigit cengkerang ketam jer, isi alahai ciput! Itu yang boleh buat kemarahan meningkat. Tak pasal-pasal tokey pasar yang kena maki. Padahal korang yang tak pandai nak pilih ketam. So bagi mengelak korang daripada kecewa, kat sini Abang Bob nak kongsi petua supaya korang dapat pilih ketam yang banyak isi, banyak telur dan segar!

1.   Waktu pembelian

Korang patut beli ketam selepas bulan mengambang sebab kata orang waktu ini isi ketam padat dan banyak. Cubalah!

2.   Belakang ketam

Korang cuba tengok di belakang ketam, ada bentuk segi tiga kan? Kalau masih terlekap itu tandanya ketam korang masih segar!

3.   Beli ketam betina

Hanya ketam betina yang ada telur. Dari luar korang dah boleh nampak jika ketam itu ada telur atau tak. Kalau ketam betina ada banyak telur, isinya juga pasti banyak!

Baca artikel ini: Nak Beli Cili Kering? Ini Perbezaan Yang Korang Perlu Tahu

4.   Nampak telur

Jika dari luar badan ketam korang boleh lihat telurnya banyak, terus beli! Gerenti puas hati makan.

5.   Beli ketam berat

Korang cuba pegang dua ketam dan bandingkan berat. Ketam yang berat ada lebih banyak isi!

Bila dapat beli ketam yang betul dengan isi yang banyak dan segar, masa kapa pun sedap. Korang pun puas hati. Tak adalah membebel update status dalam FB. Hahaha!

Baca artikel ini: Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada

Raja Lepak

Read Previous

Kat Mana Jasin Tue? 10 Tempat Best Korang Kena Jejak Kalau Ke Jasin

Read Next

Netizen ‘Copy’ Fesyen Pereka Ternama Guna Barangan Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *