Dah Bosan Breakfast Nasi Lemak? Meh Try Buat Pancake Lembut Dan Gebu

Bangun pagi-pagi tiba-tiba mengidam pulak pancake. Sebelum nie asyik melantak nasi lemak jer. Sesekali nak juga tukar selera. Agak-agak macam mana nak buat pancake? Sini nak bagitau korang yang pancake macam ni sebenarnya senang je nak buat. Makan kosong pun sedap, apatah lagi kalau dengan maple syrup atau nutella, atau dua-dua sekali. Tapi Abang Bob tak menggalakkan korang buat macam tu lah. Nanti kencing manis. So jom kita ketahui cara buat pancake gebu dan lembut!

1.   Asingkan Antara Bahan Kering & Basah

Mulakan proses dengan menyatukan bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam satu bekas. Gaul sehingga semua dicampur rata. Selepas itu ketepikan dulu. Kemudian, buat benda yang sama untuk bahan basah iaitu susu, butter yang dah dicairkan, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga semua bahan sebati. 

2.   Campurkan Semua

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering kemudian gaul semua tapi jangan overmix. Kalau ada sedikit ketul-ketulan yang tertinggal tak apa. Kalau overmix nanti pancake takkan jadi gebu.

Baca artikel ini: 7 Makanan ‘Gergasi’ Pernah Dihasilkan Di Dunia

3.   Biarkan Adunan

Tinggalkan seketika adunan. Biar dia relex dulu dalam 15 hingga 20 minit.

4.   Mula Masak

Panaskan satu non-stick pan atas dapur. Kalau guna pan biasa nanti susah nak masak. Pancake tu akan melekat dan pan akan jadi kotor. Dengan non-stick pan, bukan sahaja pancake takkan melekat tapi korang tak perlu letak minyak pun. Tuang adunan dan biarkan pancake sampai jadi gebu dan tukar warna keperangan. Bila nampak permukaan pancake jadi berbuih, boleh terbalikkan dan ulang proses.

5.   Siap!

Apabila kedua-dua belah dah tukar keperangan, boleh angkat dan dihidang. Nak tambah rasa boleh letak maple syrup, Nutella ataupun juga buah. Ikut citarasa sendiri.

Sedap dan mudah. Tak sampai sejam pun semua proses. Bagi korang yang dah terliur, boleh cuba pagi-pagi. Semoga berjaya!

Baca artikel ini: Kat Mana Jasin Tue? 10 Tempat Best Korang Kena Jejak Kalau Ke Jasin

Admin

Read Previous

Giler Gempak! Kat Bumi Ke Nie? View Macam Kat Dunia Lain

Read Next

Sama Tapi Tak Serupa: Beza Sushi Dengan Kimbap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 6 =