Korang yang pernah layan filem epik, Titanic mesti tahu tentang kalung berlian yang dipakai oleh Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet yang diberi nama Heart Of The Ocean. Dalam filem tu, watak Rose versi tua telah menjatuhkan kalung tersebut di tengah-tengah lautan Atlantik, tempat bersemadinya kapal Titanic yang telah karam dan mengorbankan kira-kira 1,500 orang penumpang.
Untuk pengetahuan korang, berlian Heart Of The Ocean atau turut dikenali dengan nama Hope Diamond tu benar-benar wujud dan merupakan berlian paling terkenal dalam sejarah. Berlian 45.52 Carat itu mempunyai nilai sehingga AS$350 juta (RM1.5 bilion).
Baca artikel ini: Persis Istana Cinderella. 5 Istana Paling Cantik Di Dunia
Namun di sebalik keindahan batu permata ini, ia menyimpan seribu misteri kerana dikatakan sesiapa yang memegang dan memakainya akan bernasib malang. Dikatakan bahawa, sesiapa yang memilikinya akan kehilangan wang yang sangat banyak, bankrap, kegagalan dalam perniagaan, kemalangan misteri dan kematian.
Malah, pemilik Hope Diamond juga akan mewariskan badi sumpahan kepada keturunannya. Blue Diamond mula dikenali dalam sejarah barat pada abad ke-17. Dikatakan berlian tersebut adalah milik kerabat diraja Perancis.
Kebanyakan pemiliknya terdiri daripada orang kaya dan individu yang berpengaruh. Namun, mereka telah ditimpa nasib malang yang kononnya disebabkan oleh Hope Diamond. Batu permata ini masih menjadi misteri hingga sekarang. Tiada sesiapa yang berani memegang dan memakai berlian ini kerana takut terkena sumpahan.
Baca artikel ini: 5 Kisah Potret Mona Lisa, Karya Agung Leonardo Da Vinci