Cuba korang bayangkan, setiap kali korang menangis, bukan air mata yang keluar, tapi butiran batu kristal yang berkilauan. Dengar macam best jer. Lagi best kalau yang keluar tu batu berlian. Asal menangis keluar berlian. Fuhh! Kayo pak cik.
Kejadian air mata kristal ni telah dialami oleh seorang wanita dikenali sebagai Satenik Kazaryan dari kampung Spandaryan di Armenia. Menurut laporan, wanita itu mengeluarkan sehingga 50 butir air mata kristal setiap hari. Kerana kejadian aneh itu, Kazaryan mendakwa hidupnya sangat terseksa seperti berada di dalam neraka!
Kazaryan ada beritahu, kejadian ini kali pertama jadi waktu dia ada kat sebuah klinik gigi. Masa itu dia berasa seolah-olah ada debu telah memasuki matanya. Keadaan matanya menjadi semakin teruk dan dia tidak dapat menahan sakit lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar oftamologi.
Baca artikel ini: Meriah! 6 Tradisi Berbeza Masyarakat Dunia Sambut Bulan Ramadhan
Setelah diperiksa, beberapa butir ‘kristal’ berjaya dikeluarkan daripada matanya. Ubat-ubatan yang diberi doktor pada awalnya membantu. Tapi dah lama-lama tangisan kristalnya makin kerap berlaku sampai doktor terkejut dengan kejadian itu.
Sebahagian ‘kristal’ yang keluar daripada mata Kazaryan telah dihantar ke makmal untuk ujian analisis, namun jenis penyakit yang dialami wanita berkenaan kekal sebagai tanda tanya sehingga sekarang.
Salah satu cadangan yang diterima adalah menghantar Kazaryan ke luar negara untuk didiagnosis dan juga mendapatkan rawatan. Namun begitu, laporan media tempatan mengatakan bahawa keluarga Kazaryan sangat miskin dan tidak mampu untuk menampung kos perubatan di luar negara.
Itu yang Abang Bob cakap. Kalau yang keluar tu berlian ke, boleh juga jual. Tapi itulah, doktor sendiri bingung dengan kejadian yang menimpa Kazaryan. Macam mana matanya boleh mengeluarkan butiran kristal? Uish! Mesti sakit.
Baca artikel ini: Menarik! 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia