Letaklah apa sahaja jenis pilihan untuk snek minum petang, pastinya menu pilihan juadah dari gerai yang akan digemari ramai oleh masyarakat Malaysia. Kalau hidang pizza petang-petang, Abang Bob sendiri pun rasa tak lalu nak makan. Nak juga cari makanan minum petang kat gerai Mak Cik Leha. Kat sini, Abang Bob nak kongsikan antara menu minum petang feberet rakyat Malaysia yang tak boleh dikata tidak.
1. Pisang Goreng
Mungkin masa kini ramai yang menghidangkannya dengan hirisan keju berserta coklat Nutella untuk penambah rasa. Tetapi tidak dilupakan sambal kicap untuk orang Johor.
2. Apam Balik
Dihidangkan panas dengan inti jagung manis berserta gula dan taburan kacang tumbuk. Kalau nak cara hipster, boleh letak coklat kat dalamnya. Meleleh!
Baca artikel ini: Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada
3. Karipap
Berintikan kentang mahupun daging cincang atau telur rebus, segalanya pasti enak kalau ditos hangat dari kuali dan sedia untuk dihidang bersama teh panas ketika sesi minum petang. Beli yang frozen, goreng sendiri kat rumah pun boleh.
4. Cekodok Pisang
Hidangan cekodok pisang ini pastinya menjadi kesukaan kanak-kanak. Bahkan ianya penambah serat buat tubuh badan. Walaupun rupanya hitam legam, tapi dia punya rasa makan sebiji terus nak berbiji-biji!
5. Popiah
Balutan snek berinti sayuran seperti taugeh dan hirisan lobak merah. Lebih kenikmatan jika dihidangkan bersama sambal pencicah. Tak makan sayur? Gantikan dengan isi ayam atau seafood.
6. Cucur Udang
Campuran adunan tepung bersama udang yang telah disiang serta digoreng rangup. Tambah lebih perasa dengan sos cili manis buat pencicah. Tak toleh kiri kanan dah!
Nampak ringkas, tapi itulah selera sebenar rakyat Malaysia diwaktu petang. Tak main laa muffin-muffin cupcake bagai tu.
Baca artikel ini: Netizen Geli Hati Bila ‘Mat Salleh’ Potong Buah Nangka Macam Tembikai