7 Hotel Rare Yang Wujud Kat Dunia

Dah lama betul rasanya tak melepak kat mana, jalan-jalan makan angin. Berharap sangat keadaan yang berlaku sekarang ni kembali pulih seperti biasa. So sementara korang masih tak dibenarkan untuk berseronok kat luar sesuka hati tu, kat sini Abang Bob sesajer nak bagitahu kat korang beberapa tempat penginapan yang boleh dikatakan unik dan menarik. Uniknya adalah disebabkan oleh reka bentuk rekaannya dengan konsep yang tersendiri. Mana tahu lepas ni kalau keadaan dah pulih, boleh korang datang kat sini nak melepaskan kerinduan pada kehidupan normal.

1.   Hotel Capsule, Container, KL

Uniknya, korang yang datang kat sini akan tidur kat dalam container. Hotel unik ni bukan ada kat KL jer, tapi juga kat KLIA2, Ipoh dan Penang.

2.   Time Capsule Retreat, Pahang

Kalau korang menginap kat sini, korang boleh rasai pengalaman bermalam bersama alam semula jadi. Hotel ni terletak betul-betul dekat Sungai Lembing, kira-kira 42 kilometer dari Kuantan, Pahang. Suasana malam kat situ memang tenang dengan bunyi cengkerik yang akan menemani malam korang.

3.   Hotel Magic Mountain, Neltume, Chile

Hotel ni memang sangat unik sebab ia berbentuk gunung. Sekali pandang, hotel ni macam kediaman Hobbit dalam filem Lord Of The Rings. Hotel ini dihubungkan dengan jambatan gantung dan dikelilingi dengan hutan yang menghijau.

Baca artikel ini: 12 Tempat Menarik Di Batu Pahat Yang Wajib Lawati

4.   Hotel de Glace, Quebec, Kanada

Untuk pengetahuan korang, hotel ini diperbuat daripada ais dan juga salji! Dibuka sejak tahun 2001, hotel ini ada 44 buah bilik. Disebabkan hotel ni diperbuat daripada ais, maka ia hanya dibuka kepada pengunjung pada musim sejuk iaitu dari bulan Januari sehingga Mac. Bila musim panas, hotel ini akan cair dan kawasan di situ akan bertukar menjadi tanah lapang.

5.   Free Spirit Spheres, Pulau Vancouver, Pantai Qualicum, Kanada

Dibina pada tahun 1993. Tempat penginapan ni dibina daripada kayu dan disaluti dengan gentian kaca. Apa yang menarik, tempat penginapan berbentuk sfera ini digantung pada pokok dengan sokongan tali sintetik.

6.   Hotel JumboStay, Stockholm Arlanda, Sweden

Apa yang unik, hotel ini  dibina dengan menggunakan  Jumbo Jet! Hotel JumboStay ini menggunakan kapal terbang jenis Jumbo Jet Model 747-212B yang dibina pada tahun 1976.

7.   Giraffe Manor

Dekat hotel Giraffe Manor ini terdapat beberapa ekor zirafah yang jinak. Setiap pagi dan petang, zirafah ini akan muncul dekat tingkap semasa korang tengah makan sarapan pagi dan minum petang. Korang jangan terkejut pula sebab zirafah ini akan memasukkan kepala dia ke dalam tingkap sambil meminta korang menyuapkan roti dekat dorang! Memang kenalah dengan nama dia, Giraffe Manor!

Macam best jer kalau berpeluang pergi kat sini. Dapat stay semalam, lepak-lepak, chill-chill pun dan puas hati dah.

Baca artikel ini: Terokai Tempat Menarik Di Kuala Pilah

Raja Lepak

Read Previous

Landasan Kapal Terbang Paling Berbahaya Di Dunia

Read Next

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *