Mesti korang pernah dengar orang hilang dekat tempat-tempat misteri secara tiba-tiba sepanjang zaman, kan? Ia juga berlaku sama ada mereka pergi secara berseorangan atau berkumpulan.
Berikut merupakan 5 lokasi misteri kehilangan orang ramai yang sehingga kini masih ada di antara mereka tidak dijumpai sehingga kini.
1. Segi Tiga Bermuda
Seperti yang kita semua ketahui, Segi Tiga Bermuda ini sangat terkenal dengan kes ramai orang yang hilang. Tempat ini merangkumi dari Miami di Florida, Puerto Rico dan Bermuda.
Ia juga menjadi tempat di mana kehilangan begitu ramai orang sejak bertahun-tahun dahulu termasuk USS Cyclops dengan 309 anak kapal pada tahun 1918, yang masih lagi tidak dijumpai sehingga ke hari ini walaupun usaha untuk mencari telah dibuat.
2. Segi Tiga Michigan
Tidak jauh perbezaannya dengan Segi Tiga Bermuda, Segi Tiga Michigan juga terkenal kerana telah banyak menelan korban. Mungkin yang paling terkenal ialah Penerbangan Northwest Airlines 2501 di mana sejumlah 58 penumpang terkorban pada tahun 1950.
Kawasannya juga sangat meluas yang merangkumi di antara Michigan dan Wisconsin.
3. Segi Tiga Bennington
Segi Tiga Bennington ini tidaklah terkenal seperti Bermuda dan Michigan disebabkan lokasinya adalah di daratan.
Tempatnya yang terletak di barat daya Vermont diketahui merupakan lokasi terakhir bagi kehilangan lima orang di antara tahun 1945 dan 1950. Salah seorang lelaki daripada lima orang tersebut sedang menaiki bas kemudian hilang tanpa disedari oleh yang lain.
Mereka yang telah hilang itu ialah seorang budak lelaki dalam lingkungan lapan tahun dan seorang warga tua berumur 74 tahun dan lebih misteri mereka masih tidak dijumpai sehingga kini.
4. Segi Tiga Nevada
Segi Tiga Nevada merangkumi 25,000 kilometer persegi padang pasir dan gunung di negeri Nevada. Kisah peluncur dan pengembara terkenal iaitu Steve Fossett hilang secara tiba-tiba pada tahun 2007 tanpa diketahui sesiapa.
Fossett melakukan penerbangan ke Segi Tiga dalam pesawat kecilnya dan lenyap tanpa jejak meskipun usaha pencarian telah dibuat.
5. Laut Sargasso
Laut Sargasso yang terletak di lautan Atlantik merupakan tapak salah satu kapal hantu yang paling terkenal dalam sejarah rekod. Kapal Mary Celeste yang telah ditemui pada tahun 1872 benar-benar dihantui hingga ke hari ini.
Kapal itu ketika dijumpai masih membawa bahan api dan makanan yang banyak, tanpa petunjuk ke mana mereka akan pergi atau apa yang terjadi pada anak kapal.
Misteri kehilangan mereka masih kekal sehingga ke hari ini walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menggunakan teknologi yang canggih untuk menjejak mereka.
Artikel berkaitan:
Nak Cabar Diri! Jom Bertemu Hantu di Kellie Castle
Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu