Hilangkan Kedut Sneakers Dalam 3 Langkah

Sebelum korang baca lebih jauh, korang boleh cuba kaedah yang bakal Hamka kongsikan ini untuk kasut yang materialnya kulit sahaja. Kalau suede, kanvas dan sebagainya, tak pasti, sebab tak cuba, nak cuba, silakan.

Kedutan di bahagian atas kasut sukan atau sneakers ni memang tak dapat dielakkan, jaga macam mana sekalipun, sekali kalau dah pakai, akan muncul kedutan pada kasut. Kedutan ini akan lebih ketara sekiranya kasut korang tu diperbuat daripada kulit.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/23/node-3751/38cb.png?itok=y2XtVV3I

Perkongsian asal tips hilangkan kedutan ini asalnya adalah sebuah ‘thread’ di Twitter dan ia dikongsikan oleh seorang Youtuber yang dikenali sebagai Shantel De Bonsu. Menurut Shantel, kedutan di kasut boleh hilang menggunakan 3 langkah mudah!

Cara hilangkan kedutan kasut yang dikongsi ini amat mudah dan hanya menggunakan barang-barang atau bahan yang boleh kita jumpai dekat rumah je tau.

Korang hanya perlukan:

Stokin, baju lama atau surat khabar lama, tuala kecil atau kain, air panas dan setereka!

Langkah 1:

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/23/node-3751/bd98.png?itok=zVtkVHzP

Sumbatkan kasut korang tu dengan stoking, baju lama atau surat khabar supaya ia tak bergerak bila ditekan. Maksudnya kat sini, nak kasi bahagian depan kasut tu padat mcm dekat kedai-kedai kasut selalu buat.

Langkah 2:

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/23/node-3751/1375.png?itok=blxeAyZd

Basahkan tuala atau kain dengan air panas. Ini bukan kain yang korang sumbat kasut tu tadi tau, picit-picit sikit tuala tu supaya air keluar dan tuala jadi lembap. Letakkan atas bahagian kasut yang berkedut tu.

Langkah 3:

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/23/node-3751/298f.png?itok=uPaHo2Ux

Setereka-kan tuala atau kain lembap tadi sampai kedutan pada kasut hilang. Untuk selamat, korang setkan iron korang tu kepada yang paling rendah dan masa setereka tuala tu, angkat sekali sekala. Takut terbakar atau rosak pulak kasut nanti. Hehe.

Proses ni mudah, tapi makan masa dan berbaloi. Menurut ‘testimoni’ yang dikongsikan di twitter milik Shantel, memang ramai yang akui menjadi. Senang angat kan, apa lagi, jom cuba gaiss!

Artikel berkaitan:
Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan

Raja Lepak

Read Previous

5 Karenah ‘Biasa’ Semasa Berpuasa

Read Next

Ini Khasiat Aiskrim Yang Ramai Tak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *