Tidak ramai yang menyedari adanya pusat taman rekreasi Mimaland di Gombak yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Siapa yang layan citer Azura, pasti korang perasan taman tema ini. Walau bagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.
Bila sebut Mimaland, khususnya anak-anak muda pasti akan terpingga-pingga apa itu? Mimaland adalah singkatan bagi “Malaysia In Miniature Land“ taman tema pertama dan terhebat sekitar 80-an. Selepas insiden mati lemas disalah satu kolam di situ, Mimaland diarahkan tutup!
Lama dah rasanya Damak tak bercerita dengan korang pasal cerita hantu atau misteri, kan? Betul ke Mimaland ni berhantu. Jadi, hari ini Damak nak kongsikan kepada pembaca semua pengalaman aku ke sana.
Aktiviti ini lama aku lakukan sekitar bulan Febuari tahun lepas bersama sembilan lagi rakanku. Perjalanan adventure yang aku gelar seram ke diteruskan dengan mengharungi semak-samun dan pokok-pokok tinggi yang sudah 24 tahun tumbuh liar setelah Mimaland ini ditutup.
Melawat kolam utama Mimaland yang masih terdapat air walaupun jauh sudut hati kami terpanggil untuk terjun ke dalamnya!
Kemudian kami pergi melihat kolam popular di Mimaland satu ketika dulu, “Super Splash”! Namun yang tinggal hanya tapak tangga sahaja. Di hadapannya kolam mandi yang sudah ditumbuhi semak samun. Kami melangkah dengan lebih berhati hati kerana kawasan semak samun membuatkan kami risau akan kehadiran binatang berbisa.
Tapak motel-motel Mimaland untuk pelawat suatu ketika dahulu yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan bumbung mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Di sinilah dikatakan entiti paranormal sering kelihatan bila menjelang waktu malam.
Di tapak “Carnival Area” yang popular untuk pelawat kanak-kanak masih lagi kelihatan bumbung bangunan serta di dalamnya beberapa mainan kanak-kanak yang masih boleh terdapat di situ serta ruang-ruang bilik khas permainan.
Dan acara kemuncak trip seram ke kali ini adalah melawat “Animal Kingdom”. Kami harus mendaki bukit-bukit yang terdapat di sini untuk sampai ke kawasan tersebut.
Masih terdapat beberapa arca-arca dinosaur yang masih kekal kukuh di situ. Keriangan kami tidak dapat dibendung lagi apabila anda di kalangan kami mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika bergambar di sini. Sesungguhnya lawatan ke Mimaland tidak akan lengkap sekiranya tidak ke sini ketika dulu!
Kata kata orang di luar sana yang Mimaland ini berhantu, sememangnya kurang tepat sekiranya mereka datang melawat pada siang hari! Setakat kami berada di sini waktu pagi memang tiada gangguan yang kami alami. Kalau korang berani datang malam, silakan! Damak tak berani gaiss!
Artikel berkaitan
Misteri Jambatan Bunian Port Dickson
Kisah Legenda Dang Isah Tandang Sari