Pada yang tak suka makan lauk yang terlalu ‘heavy’ masa bersahur, apa kata korang cuba resepi sambal hitam Pahang yang confirm buat mata korang yang mengantuk tu terus segar bila menjamahnya.
Lagi-lagi bila pekena dengan nasi panas dan telur dadar je pun dah cukup membuka selera korang untuk bersahur atau nak cepat lagi cicah dengan roti kosong pun memang mantap rasa dia! Perghhh…
Bagi golongan bujang atau ibu yang berkerjaya, sambal hitam Pahang ni adalah stok makanan terbaik yang wajib ada dekat dapur masing-masing untuk sahur pada ‘masa-masa kecemasan’. Hehehe…
Paling best nak buat sambal hitam Pahang ni sebenarnya hanya menggunakan 4 bahan utama sahaja, cuma renyah sikit sebab nak tunggu dia sampai betul-betul kering ambil masa minimum 4 jam.
Tapi boleh je kalau korang nak masak time cuti atau hujung minggu, boleh buat stok banyak-banyak sebab sambal ni tahan lama!
Bahan-bahan:
- Belimbing buluh
- Ikan bilis
- Cili Padi
- Bawang Merah
- Minyak
- Garam
- Gula
Cara-cara:
1. Rebus belimbing dan masukkan sedikit garam. Rebus dengan penuh kesabaran, sehingga belimbing kering dan berwarna gelap. Jika korang suka sambal yang belimbingnya halus, korang perlu tumbuk setelah direbus.
2. Tumbuk kasar ikan bilis, bawang merah dan cili padi.
3. Tumis bahan yang ditumbuk tadi, mulakan dengan ikan bilis dan diikuti dengan bahan-bahan lain.
4. Masukkan belimbing yang telah direbus dan gaul sehingga rata. Masak sehingga kering dan perasakan dengan garam dan gula.
Tips Nak Bagi Rasa Terangkat
- Jangan guna banyak bawang, supaya sambal tahan lebih lama.
- Anggaran bahan, lebih cili kalau suka pedas.
- Tambahkan ikan bilis kalau suka sambal lebih rasa ikan bilis.
Artikel berkaitan:
10 Port Makan ‘Bukan Kaleng-Kaleng’ Di Kuantan
Hanya 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Kek Cheese Gebu