Peringatan! 4 Benda Jadi Tempat Tinggal Hantu

Atok memang cukup pantang orang yang ada gantung lukisan kat dalam rumah selain daripada lukisan pemandangan.

Lagi satu orang yang suka simpan anak patung, tak kisah laa anak patung bentuk manusia atau binatang.

Semua tu tak elok sebenarnya sebab boleh mendatangkan perkara yang tak elok. Atok cakap macam tu sebab kali ni Atok nak bongkar empat benda yang hantu suka jadikan tempat untuk didiami.

Makhlus halus atau senang cakap, hantu boleh tinggal bukan jer kat dalam rumah, tapi juga kat beberapa benda bukan hidup lain. Antara benda yang suka dijadikan tempat tinggal hantu ialah:-

Lukisan

Lukisan yang sering dirasuki oleh hantu rata-rata biasanya berbentuk gambar manusia. Tetapi ada kemungkinan juga hantu ni suka tinggal di dalam lukisan yang bergambar binatang. Untuk pengetahuan cucu semua, jika lukisan itu sudah dihuni oleh makhluk halus, ia akan mengeluarkan aura aneh. Cucu akan berasa semacam jer dengan gambar tu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bukan itu sahaja, malah lukisan itu juga boleh bergerak, berpindah tempat dengan sendiri bahkan dikatakan ada sesetengah lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya. Pernah tak cucu rasa pengalaman macam ni?

Baca artikel ini: Saka Pendamping Dari Alam Mistik

Gambar

Sama halnya dengan lukisan, gambar yang cucu sendiri tu pun boleh menjadi salah satu tempat tinggal hantu. Memang ada orang yang tidak mahu menggantungkan gambar kat dalam rumah sebab dia tahu perkara ni. Makhluk halus ini boleh muncul kat tengah-tengah cucu ketika mengambil gambar. Lebih-lebih lagi sekiranya tempat cucu ambil gambar itu dipercayai ‘keras’ dan penuh mistik. Tak hairanlah jika ramai orang yang sering mendapat gambar penampakan hantu ketika melihat hasilnya.

Cermin

Cermin pun antara tempat yang sering dihuni oleh hantu. Kalau cucu nak tahu, cermin dipercayai menjadi perantara yang dapat menghubungkan antara dunia ghaib dengan dunia manusia. Makanya, dahulu kala penyihir atau peramal seringkali menggunakan cermin sebagai medium untuk menyeru syaitan atau hal-hal yang berbaur mistik. Kurang-kurangkanlah guna cermin terutama waktu malam. Kalau cucu tak percaya, cuba cucu tenung cermin lama-lama dalam bilik yang malap. Cucu akan nampak ‘sesuatu’ nanti.

Anak Patung

Kat rumah siapa yang ada simpan anak patung? Jawab jujur dengan Atok. Anak patung dipercayai boleh menjadi tempat tinggal hantu dan dikatakan bahawa hantu suka tinggal di dalam anak patung kerana bentuknya yang mirip seperti manusia. Selain itu, anak patung juga tidak memiliki jiwa sehingga boleh dikendalikan sesuka hati. Anak patung yang telah dirasuki oleh hantu biasanya suka bergerak secara tiba-tiba, menangis bahkan boleh ketawa terutamanya pada waktu tengah malam. Bukan anak patung manusia sahaja, anak patung berbentuk binatang pun boleh menjadi tempat tinggal oleh hantu. Cucu jaga-jaga malam nanti.

Itulah dia antara empat benda yang paling disukai hantu untuk dihuni menjadi tempat tinggalnya. Atok bercerita ni bukan sebab nak takutkan cucu, tapi sekadar nak cucu supaya berhati-hati.

Baca artikel ini: Hantu Raya Saka Turun-Temurun

Raja Lepak

Read Previous

Bos Jadi Kentang Ketika ‘Meeting Online’?

Read Next

Di Sebalik Senyuman Terukir Penderitaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *