Jom Kemas Rumah Guna Teknik Kon Mari Yang Buat Anda Terpegun

Jika korang ada mengikuti siri Netflix, Tidying Up With Marie Kondo, pastinya korang amat mengenali perunding atau konsultan susunan dan tatarias rumah dari Jepun ini, kan?

Tidak dapat dinafikan, hasil daripada menonton siri berkenaan, ramai yang berjaya mengurangkan lebih dari separuh barangan yang sebenarnya tidak diperlukan menjadikan susunan ruma lebih kemas dan teratur.

Teknik yang dipanggil KonMari ini untuk siapa yang belum tahu menggalakkan kita menyusun atau mula mengemas mengikut kategori, bukannya lokasi. Contoh, kita mulakan dengan baju, kemudian buku, kertas, komono (barang-barang lain) dan akhir sekali barang yang ada nilai sentimental.

Berikut Hamka listkan 6 tips mudah mengemas rumah yang boleh anda cuba mengikut teknik KonMari ini… 

1.   Selesaikan Kategori, Bukan Bilik

Kredit: Eco Touch

Kebiasaannya, kita akan mula berkemas mengikut ruang di rumah, contohnya bilik, kemudian ruang tamu dan lain-lain.

Teknik KonMari ini sangat mudah; korang mulakan dengan kategori barangan yang ada di rumah. Secara tak langsung, anda akan mengemas satu rumah pada satu masa. Contohnya, kategori pertama dimulakan dengan baju. Kenapa mula dengan baju? Sebab ini adalah benda yang paling tidak terikat dengan emosi.

Selepas baju, mula dengan buku, kemudian dapur dan sebagainya.

Kredit: Eco Touch

Caranya mudah, kumpul dan longgokkan baju kepunyaan korang dan ahli keluarga di satu tempat dan asingkan baju yang nak dan yang tidak diperlukan. Lipat, simpan.

2.   Pastikan Mengemas Secara Bersungguh, Jangan Sekerat Jalan

Kredit: Café Mom

Teknik yang diterapkan adalah mudah, bayangkan barangan korang mempunyai perasaan. Apa perasaan baju anda yang dah lama terperap tidak digunakan tersebut? Atau mereka akan lebih suka jika digantung?

Jika mulakan dengan baju, pastikan kesemuanya habis, baru berhenti dan mulakan dengan kategori lain. Jika tidak mahu lakukan secara serentak, lakukan secara berperingkat. Minggu ini, selesaikan satu kategori, minggu depan kategori kedua dan sebagainya.

3.   Pastikan Baju / Barang Yang Tidak Mahu Diketepikan atau Dibuang Sebelum Mula Berkemas

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/30/node-5297/organizing-challenge-clothes.jpg?itok=7MYf0YNG

Ini merupakan syarat ke-3 disebutkan dalam teknik mengemas KonMari, buangkan segala barang yang anda dah tak perlukan. Simpan di stor dan sebagainya.

Jangan mula mengemas sambil memilih pakaian yang nak dan tidak, percayalah… korang akan lebih banyak menyimpan dari membuang. Sudahnya, hasil mengemas nanti sama sahaja.

4.   Lipat, Jangan Gantung

Selepas selesai memilih pakaian yang korang mahu, baru tentukan sama ada ia perlu dilipat atau digantung.

Pakaian yang dilipat mudah untuk disimpan dalam laci dan tidak akan kelihatan, jadi bilik atau ruangan korang akan kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Teknik susunan juga memainkan peranan yang penting, biasanya almari akan nampak lebih kemas apabila ia disusun mengikut panjang kain baju anda.

5.   Teknik Lipatan

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/30/node-5297/KonMari-fold.jpg?itok=NNr0Jjb3

Teknik lipatan dan susunan pakaian sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam penyusunan atau teknik KonMari ini. Ia menyarankan korang untuk menyusun secara menegak dan lakukan lipatan berbentuk segi empat tepat.

Bila lipatan dibuat sebegini, ia seakan-akan origami, baju akan nampak lebih tersusun, mudah dilihat dan kemas.

Jika korang menyusun di dalam laci, kotak kasut boleh digunakan sebagai pemisah. Jika tiada, cari kotak-kotak kecil yang boleh susunkan baju dan pakaian anda.

6.   ‘Jatuh Cinta’ Dengan Almari Anda

Apabila semuanya selesai, korang pasti akan menyukai susunan pakaian di almari. Jika betul caranya, akan ada banyak ruang-ruang yang boleh digunakan untuk menyimpan benda-benda lain. Proses mencari pakaian pun akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Ada last tips Hamka nak bagi dekat korang. Anda boleh susun pakaian yang dilipat mengikut warna, atau mengikut jenis. Ini akan lebih mudahkan pemilihan pakaian anda hari-hari. Nak cuba?Ambil ni sebagai rujukan… 

Artikel berkaitan
Pokok Pun Pandai ‘Social Distancing’!
10 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Banyak Khasiat?

Raja Lepak

Read Previous

Pelbagai Spesis Lipas Menanti Anda di Gua Gomantong

Read Next

Tom Yam Makanan Istimewa Keluarga Diraja Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *