Siapa jer yang tak suka aiskrim lebih-lebih lagi kalau dinikmati ketika cuaca panas? Fuhh! Dia punya kenikmatan kat tekak tu memang syok giler. Boleh dikatakan Abang Bob ni pun hantu aiskrim jugak. Tak kisahlah aiskrim jenis apa pun yang mahal atau murah, termasuklah aiskrim Malaysia, semua Abang Bob bedal.
Ternyata, aiskrim bukanlah satu pencuci mulut semata-mata. Ia sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri yang berkemungkinan berlaku semenjak zaman perintahan Rom lagi yer.
Sebenarnya banyak fakta menarik tentang aiskrim yang Abang Bob nak kongsikan dengan korang. So kat sini, ada tujuh perkara menarik tentang pemanis mulut yang sangat digemari ramai ni.
1. Tak siapa tahu asal usul sebenar aiskrim
Tiada siapa yang tahu mengenai asal-usul sebenar pencuci mulut ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa versi kedatangannya seperti sesetengah sejarahwan berpendapat, Marco Polo merupakan individu pertama yang memperkenalkan aiskrim kepada Eropah. Menurut rekod, Marco Polo telah mempelajari resepi pembuatannya dari China di mana masyarakat kat sana telah memperisakan salji bersama-sama nasi dan susu untuk menjadikannya pencuci mulut.
Di samping itu, ada juga yang berpendapat Maharaja Nero semasa zaman pemerintahan Rom Purba gemar untuk mencampurkan salji dengan buah dan madu. Malah, baginda juga sering menghantar orang suruhan untuk mengambil salji segar di pergunungan. Kira aiskrim ni dulu diaorang makan macam ais kacang laa. Menarikkan?
2. Aiskrim sundae sebenarnya dicipta khas untuk hari Ahad
Terdapat dua versi cerita mengenai bagaimana aiskrim sundae terhasil. Salah satu kisah yang terkenal adalah pemanis mulut jenis ini sebenarnya dihasilkan khas untuk mengelak daripada melanggar undang-undang agama.
Aiskrim soda merupakan sejenis minuman popular yang boleh didapati di mana-mana kedai serbaneka. Walau bagaimanapun, undang-undang agama melarang peniaga dari menjual produk itu pada hari Ahad susulan penganut Yahudi tidak dibenarkan memakan makanan manis pada hari Sabat.
Pemilik Ed Berner’s Ice Cream Parlor iaitu Edward Berner membuat keputusan menghidangkan pelanggannya dengan ais krim soda tanpa soda. Tidak lama selepas itu, sebatian baharu berkenaan dijual pada hari Ahad dan menjadi sangat popular sehingga ia turut dipasarkan pada hari-hari lain. Edward Berner kemudiannya menukar nama hidangannya itu sebagai sundae untuk menidakkan kaitannya dengan hari Sabat.
3. Kon wafel dicipta secara tidak sengaja
Pada tahun 1904, seorang penjual aiskrim yang menyertai Pesta Dunia di St. Louis, Missouri telah kehabisan stok kon aiskrim kerana menerima pelanggan yang terlalu ramai. Sebab dah terdesak sangat, penjual itu telah pergi ke gerai wafel berdekatan dan mereka bersama-sama menghasilkan kon wafel untuk dihidangkan bersama aiskrim. Idea mereka disambut baik oleh pelanggan sehinggalah ke hari ini. Nampak tak? So jangan takut kalau nak cuba sesuatu yang baru ok.
4. Resepi aiskrim pertama yang ditulis tangan agak menggelikan
Kira-kira pada tahun 1668, seorang bangsawan Inggeris bernama Lady Anne Fanshawe telah menulis sendiri resepi aiskrim pertama di dunia. Menamakan pencuci mulut ini sebagai icy cream, beberapa bahan yang ditulis Lady Anne mungkin kedengaran agak meloyakan. Menurut resepi Lady Anne, krim perlu direbus bersama-sama pala untuk menghasilkan aiskrim. Bagi penambah perisa pula, bangsawan terbabit menulis untuk menggunakan bunga oren atau ambergris bersama-sama gula. Kalau korang nak tahu, ambergris merupakan satu bahan yang terhasil di dalam usus paus sperma dengan tekstur yang seakan-akan muntah. Pada zaman dahulu, ambergris sering kali digunakan dalam pembuatan lilin atau minyak wangi.
5. Perisa mana yang hadir dahulu, coklat atau vanila?
Pernah tak korang tertanya-tanya, perisa aiskrim manakah yang diciptakan dahulu? Majoriti individu akan menjawab vanila apabila soalan ini diajukan. Namun begitu, jawapan sebenarnya adalah coklat.
6. Aiskrim merupakan pencuci mulut mewah
Pada ketika dahulu, aiskrim dianggap sebagai hidangan pemanis mulut ekslusif dan hanya boleh dinikmati oleh golongan elit. Status makanan ini kekal seperti ini sehinggalah lewat tahun 1800-an. Kalau korang tertanya-tanya mengapa ais krim hanya boleh dinikmati golongan elit, sebab diaorang sahaja yang mampu untuk membayar harga bahan importnya dan penyimpanan produk itu di dalam tempat sejuk.
7. Wujudnya buah aiskrim di Hawaii
Percaya tak, kat Hawaii ada sejenis buah yang dikatakan mempunyai rasa yang sama dengan aiskrim vanila. Digelar inga feuillei atau kacang aiskrim oleh masyarakat tempatan, tumbuhan ini hanya membesar di kawasan beriklim panas dan dinikmati dalam pelbagai cara. Wah! Kat Malaysia ada tak buah ni? Iklim dah lebih kurang sama dah.Menarik juga fakta tentang aiskrim ni yang memang langsung tak pernah terfikir pun. Yang Abang Bob tahu makan jer. Tiba-tiba teringin pula nak makan aiskrim vanilla. Hurmmm…