Makan Abu Mayat, Ritual Tradisi Puak Yanomami

Tak boleh tidur Abang Bob malam tadi lepas tengok sebuah filem bertajuk Cannibal Holocaust. Ceritanya tentang sekumpulan puak orang asli yang tinggal kat dalam hutan Amazon. Abang Bob ingat balik adegan ‘orang makan orang’ dalam filem tu. Serius memang ngeri betul filem tu.

Kalau korang nak tahu, orang asli kat dalam filem tu memang wujud tau. Dikenali sebagai puak Yanomami, puak ni merupakan suku kaum asli yang tinggal di kawasan hutan Amazon.

Etnik ini mempunyai seramai 35,000 orang ahli dan tinggal di 200-250 perkampungan di hutan hujan terbabit. Sama macam kaum-kaum lain kat seluruh dunia, puak Yanomami ni pun dorang ada budaya tradisi yang tersendiri, lebih-lebih lagi dengan hal yang berkaitan dengan kematian.

Puak Yanomami ni ada mengamalkan ritual kematian tradisional yang digelar ritual endokanibalisme.

Upacara ini mempunyai perbezaan dengan gaya hidup kanibalisme. Endokanibalisme merupakan perlakuan di mana penganutnya akan memakan anggota kumpulan yang datang daripada kumpulan sosial yang sama.

Kanibalisme pula ialah satu perbuatan memakan mereka yang datang daripada spesies yang sama.

Bagi etnik Yanomami, mereka mengamalkan endokanibalisme kerana mereka tidak mempercayai bahawa kematian adalah sesuatu yang semula jadi.

Sebaliknya, mereka beranggapan kematian berlaku kerana bomoh puak musuh telah menghantar semangat jahat untuk menganggu seseorang di dalam suku kaum berkenaan.

Suku kaum Yanomami beranggapan bahawa pembakaran mayat adalah cara yang paling baik untuk menyemadikan mayat. Mereka menolak perbuatan pengebumian kerana mereka merasakan sesuatu jasad mengambil masa yang terlalu lama untuk mereput.

Sebagai sebahagian daripada ritual kematian kaum, etnik Yanomami akan membalut mayat dengan daun sebelum membiarkannya dimakan serangga selama 30 sehingga 45 hari.

Lepas dah settle proses tu, tulang temulang jasad akan dikumpulkan, dikisar sehingga menjadi serbuk dan dicampurkan ke dalam sup pisang untuk dijadikan santapan masyarakat mereka dan harus dihabiskan pada hari ia dimasak.

Walau bagaimanapun, pengecualian terhadap penghabisan makanan bercampur abu mayat ini dibenarkan sekiranya terdapat kejadian di mana si mati terkorban akibat diserang musuh.

Abu mayatnya masih perlu dimakan, cuma ia hanya dilakukan oleh kaum wanita pada waktu malam sahaja.

Selain itu, abu mayat mereka yang sudah meninggal dibunuh musuh boleh dimakan hanya selepas kematian mereka dibela oleh ahli keluarga. Hal ini kerana puak Yanomami percaya roh si mati yang terkorban di tangan musuh tidak akan menemui ketenangan sekiranya perkara ini tidak dilakukan terlebih dahulu.

Haaa, jadi macam tu laa kisah puak Yanomami ni. Walaupun dunia dah semakin moden, masih wujud lagi kumpulan etnik yang mengamalkan ritual tradisional ni dan tinggal jauh terpencil di dalam hutan tebal.

Raja Lepak

Read Previous

Pengantin Indonesia nikah guna benang pula!

Read Next

7 Perkara Menarik Tentang Aiskrim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *