Kepada anda yang sukakan pemandangan alam yang luar biasa, hari ini Hamka akan kongsikan 10 tempat yang sangat cantik dan unik, seolah-olah korang sedang berada di planet lain!
1. Seven Colors Rocks, Mauritius
Seven Color Rocks ini merupakan kawasan bukit berpasir dengan keluasan yang agak kecil sahaja yang terdiri daripada tujuh warna iaitu merah, coklat, violet, hijau, biru, ungu dan kuning.
Jadi, jika korang berkunjung ke Mauritius, jangan lupa untuk singgah di sini kerana likes di media sosial anda bakal tinggi disebabkan tempat ini.
2. Death Valley, Amerika Syarikat
Death Valley lembah padang pasir yang terletak di timur California, di utara Gurun Mojave dan bersempadan dengan Gurun Great Basin. Antara lokasi terpanas di dunia dan boleh mencecah sama tahapnya dengan gurun di Timur Tengah.
Kalau korang jenis sukakan percutian dan pengembaraan ke lokasi panas. Apa kata korang cuba berkunjung ke sini selepas PKP nanti.
3. Lençóis Maranhenses, Brazil
Ia adalah kawasan yang rendah, rata, dilapisi dengan bukit pasir yang besar. Ia merangkumi keluasan kira-kira 1,500 kilometer persegi, dan walaupun terdapat banyak hujan, tiada tumbuhan yang dapat bertahan di lokasi ini.
4. The Wave, Arizona, Amerika Syarikat
Kawasan yang terbina daripada formasi batuan semulajadi yang terletak di Arizona. Pembentukan formasi ini terkenal di kalangan para pelancong dan jurugambar sememangnya amat menyukai tempat ini kerana reka bentuknya yang beraneka warna dan berombak.
5. Tasik Natron, Tanzania
Tasik ini adalah tasik garam dan soda di Wilayah Arusha di utara Tanzania. Tahap penyejatan yang tinggi telah meninggalkan natron (natrium karbonat decahydrate) dan trona (natrium sesquicarbonate dihydrate). Kealkalian tasik Natron boleh mencapai pH lebih besar daripada 12.
Kalau tengok memang rasa meremang je, kan. Mana taknya, seolah-olah fenomena yang berlaku ini bukan berlaku di planet kita ini
6. Spotted Lake, Kanada
Sekali pandang dari jauh macam batu bata tempat kita jogging namun tidak gaiss! Spotted Lake ini adalah tasik beralkali endorheik yang terletak di barat laut Osoyoos di timur Lembah Similkameen di British Columbia, Kanada.
Kebanyakan air di dalam tasik mengeluap sepanjang musim panas, lalu mendedahkan deposit mineral berwarna-warni. “Titik” yang besar di tasik itu muncul dan berwarna mengikut komposisi mineral dan jumlah pemendakan bermusim di dalamnya.
7. Gurun Namib, Namibia
Gurun Namib merentasi lebih dari 2,000 kilometer di sepanjang pantai Atlantik Angola, Namibia, dan Afrika Selatan, memanjang ke arah selatan dari Sungai Carunjamba di Angola, melalui Namibia dan ke Sungai Olifants di Cape Barat, Afrika Selatan.
Namib ini hampir tidak didiami oleh manusia kecuali beberapa penempatan kecil dan kumpulan pastoral pribumi, termasuk Ovahimba dan Obatjimba Herero di utara, dan Nama Topnaar di rantau pusat. Jadi, untuk korang yang tidak biasa di sini amat sukar untuk menikmati travel di sini.
8. Painted Dunes, Lassen Volcanic National Park, Amerika Syarikat
Ciri utama yang ada pada Painted Dunes, Lassen Volcanic National Park ialah Lassen Peak, plag gunung berapi terbesar di dunia dan gunung berapi paling selatan di Banjaran Cascade.
Sumber panas untuk gunung berapi di kawasan Lassen ini adalah daripada subduksi di pantai utara California dari Gorda Plate menyelam di bawah Plat Amerika Utara.
9. Dallol Volcano, Ethiopia
Dallol merupakan gunung berapi kerucut di Depression Danakil, timur laut Erta Ale Range di Ethiopia. Ia telah dibentuk oleh pencerobohan magma basaltik ke dalam deposit asin Miocene dan aktiviti hidrotermal yang berterusan.
10. Abraham Lake, Kanada
Kawasan ini sebenarnya merupakan tasik buatan manusia di utara sungai Saskatchewan di barat Alberta, Kanada.
Walaupun ianya merupakan tasik buatan manusia namun tasik ini mempunyai warna biru glasier di Pergunungan Rocky, yang disebabkan oleh tepung batu seperti di tasik- tasik glasier yang lain.
Artikel berkaitan:
Biar Betik Malaysia Ada Tempat Setaraf Sungai Amazon?
Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku