Abang Bob yakin hampir setiap penduduk kat Malaysia mesti pernah menggunakan mesin layan diri automatik.
Contohnya seperti mesin layan diri menjual minuman, makanan ringan, permainan dan macam-macam lagi. Bagi korang, mungkin benda yang dijual melalui mesin layan diri tu dah terlalu biasa.
Tapi kalau korang ke luar negara, korang akan jumpa pelbagai mesin layan diri automatik yang korang takkan boleh jumpa dekat Malaysia. So kali ni, Abang Bob akan kongsikan enam mesin layan diri paling pelik yang ada di dunia.
1. Emas
Mesin layan diri menjual emas ni terletak di negara yang cukup sinonim dengan gelaran jutawan iaitu Dubai. Pengguna boleh membeli emas dalam bentuk wang dan ketulan emas dengan seberat 10 gram. Mesin ini juga boleh memeriksa nilai emas di pasaran dunia selang 10 minit. Nasib baik kat sana tak banyak perompak.
2. Kumbang badak
Mengumpul serangga merupakan antara hobi yang popular di Jepun. Kumbang badak mendapat permintaan ramai daripada pengumpul serangga. Serangga ini sering dijumpai di Jepun dan menjadi kegunaan dalam pembelajaran sains alam sekitar. Alaa comelnyer!
3. Alat ganti basikal
Mesin ini terletak di Manhattan, New York. Jadi, orang-orang kat sana yang menunggang basikal tak perlu risau jika diaorang mengalami kerosakan kerana mesin layan diri yang menyediakan alat ganti basikal ada untuk membantu. Mesin ini juga menyediakan makanan untuk menghilangkan bosan ketika menunggu basikal dibaiki.
Baca artikel ini: Jangan Simpan 6 Makanan Ni kat Dalam Peti Sejuk
4. Pisang
Kalau kat Malaysia, pisang biasanya boleh dibeli di gerai-gerai tepi jalan. Tetapi, di negara Jepun dan Korea Selatan, korang boleh membeli pisang di mesin layan diri.
5. Ketam
Mesin ini menjual ketam hidup dan diletakkan di dalam mesin yang bersuhu antara 5-10°C untuk memastikan ketam tersebut sentiasa segar.
6. Pinjam Buku
Ibarat seperti sebuah perpustakaan, mesin layan diri ini menyediakan perkhidmatan meminjam buku. Selepas tamat tempoh pinjaman, korang perlu memulangkan semula buku ke alamat yang diberikan. Mesin layan diri ini sebenarnya berkonsepkan pinjam-sewa.
Dengan adanya mesin layan diri ini, ia pastinya memudahkan urusan jual beli. Kehidupan seharian kita pun akan jadi lebih mudah. Agak-agaknya bila Malaysia nak ada mesin layan diri macam kat atas tu yer?
Baca artikel ini: 10 Bandar Bakal Tenggelam Nanti