Selain mengumpul pahala, ramai juga yang ambil kesempatan semasa bulan puasa untuk menguruskan badan. Yerlah, selama sebulan puasa ni, berat badan pun boleh turun dengan banyak tau kalau korang makan dengan tertib.
Abang Bob pun macam biasa laa, bulan puasa inilah masanya untuk Abang Bob ‘cleankan’ semula badan selepas 11 bulan makan itu dan ini.
Tapi bukan senang tau sebab pelbagai cabaran korang akan hadapi terutamanya untuk mengekalkan tenaga lebih-lebih lagi semasa cuaca panas. Kat sini Abang Bob nak bagi tahu 7 cara berguna untuk korang kekal aktif semasa berpuasa.
1. Banyakkan minum air kosong (sahur dan berbuka saja tau!)
Banyak-banyakkanlah minum air kosong bagi mengelak dari dehidrasi. Untuk pengetahuan korang, seorang individu dewasa mesti minum sekurang-kurangnya 3.7 hingga 2.7 liter air sehari (bersamaan 5 – 11 cawan air)! Jadi bahagikanlah semasa sahur sekurang-kurangnya 4 cawan air, berbuka 4 cawan dan moreh, iaitu lepas Tarawih 4 cawan air.
2. Air Kelapa, pelengkap minuman berbuka
Tadi Abang Bob cakap pasal air kosong. Tapi tak semestinya kita tak boleh minum air lain. Boleh jer contohnya seperti air kelapa. Air kelapa bukan sahaja dapat membasahkan tekak ketika berbuka dan menyejukkan badan tapi ia juga kaya dengan kalium. Selain tu, air kelapa dapat menghidratkan semula badan korang. Air kelapa juga dapat menguatkan sistem imunisasi, menurunkan berat badan dan juga menjadikan korang awet muda. Banyak khasiat air kelapa nih!
3. Kurangkan makanan pedas, sayangi usus
Ini satu lagi trend sejak Mi Segera Samyang tular di media sosial beberapa tahun lepas. Bulan puasa ini, kurangkanlah makan yang pedas-pedas. Memanglah sedap makan pedas, tapi ia akan menyebabkan suhu badan korang meningkat, cepat dahaga, dan lebih berisiko tinggi untuk dapat gastrik. Korang masih boleh makan contohnya asam pedas, masak lemak cili padi dan sebagainya, tapi perlu dikawal level kepedasannya.
4. Jangan tinggalkan sahur! (walaupun mengantuk… huhu)
Memang susah juga nak bangun sahur ni. Lagi-lagi di awal Ramadhan. Sahur amalan yang istimewa dan seeloknya dilewat-lewatkan. Berbeza dengan berbuka, lebih elok dicepat-cepatkan. Walaupun ketahanan setiap individu berbeza, ada yang mampu bertahan sepanjang hari berpuasa tanpa sahur. Tapi sebaiknya, jamah sedikit makanan seperti sebiji kurma dan segelas air putih untuk membekalkan tenaga.
Baca artikel ini: Makan Kaki Ayam Kalau Nak Kulit Cantik
5. Tidurlah dengan efektif
Ramai juga yang suka tidur bulan puasa ini. Letih, kan? Tapi kita kena tahu juga cara tidur yang betul supaya kita tak ‘overslept’ yang akhirnya akan menambah keletihan. Caranya mudah saja: Pertama, selepas Tarawih terus tidur. Katakanlah korang habis Tarawih 8 rakaat dalam pukul 9-10 malam. Tarawih sekarang pun kena buat kat rumah jer. Jadi lagi mudah. Selepas selesai semua, elok sangatlah korang tidur. Nanti bangun sahur pun cergas. Kedua, ambil masa 10-20 minit untuk tidur pada waktu tengah hari. Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘nap’. Jadi, memandangkan bulan puasa ini kita tidak dapat nikmati makan tengah hari, gantikanlah dengan tidur seketika.
6. Senaman ringan untuk membina stamina
Bulan puasa bukanlah penghalang untuk korang beriadah. Senaman ringan sebelum sahur dan sebelum berbuka dikatakan dapat membina stamina semasa berpuasa. Tips ini jarang diamalkan sebab orang ingat puasa dah penat, buat apa nak bersenam lagi, kan? Tapi bersenam ringan ini bukanlah ‘workout’. Dan bukan juga berlari 10 km alah-alah suku marathon. Senaman ringan ini maksudnya jalan-jalan santai, jogging biasa-biasa. Tapi buat masa sekarang ni, korang cuma boleh bersenam kat rumah jer tau.
7. Kurangkan pengambilan kafein
Ada sebab kenapa korang perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, kopi dan air berkarbonat. Ini kerana minuman berkafein akan mempercepatkan proses dehidrasi. Tapi kita tak boleh terus berhenti mengambil kafein kalau dah biasa minum. Ia sama seperti ketagihan rokok. Benda ni korang kena mula dari sebelum bulan puasa lagi. Kalau boleh, seminggu sebelum puasa kurangkan minum kopi dari kebiasaan korang minum. Misalnya kalau selalu minum 2 cawan kopi setiap hari, kurangkan jadi secawan saja. Seterusnya, bila tiba bulan puasa, jangan minum kopi atau teh semasa bersahur. Air berkarbonat apatah lagi. Sebabnya minuman berkafein seperti juga makanan pedas, akan menyebabkan korang mudah gastrik.
Tak susah sebenarnya nak berpuasa ni asalkan korang tahu kaedah yang boleh membuatkan korang tahan sehingga waktu berbuka. Nasib baik korang berpuasa kat Malaysia. Paling lama pun setakat 12 jam. Kalau kat luar negara tu, ada tempoh berpuasa sehingga 18 jam tau! Hahaha.
Baca artikel ini: Menarik! 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia