Siapa dekat sini gemar makan pisang pada waktu pagi. Kalau sama, korang geng Damak sebab aku memang menjadikan pisang sebagai sarapanku pada setiap hari. Damak jenis tak suka ambil makanan berat waktu sarapan. Elok tertido waktu menulis artikel ini nanti.
Walaupun banyak khasiatnya amun tak semua orang sesuai makan pisang kerana sesetengah daripada korang boleh alami sakit perut berangin dan untuk memastikan korang makan pisang dengan selamat, ikuti perkongsian ilmu daripada Damak tentang pisang muda dan ranum.
Semoga dengan sedikit tips daripada Damak ini dapat membantu korang dalam memudahkan untuk makan pisang mengikut kondisi tubuh badan dan kesihatan korang. So, aku harap ilmu bermanfaat dan berguna buat korang.
Bila makan pisang, ramai akan main bedal makan je kan sebab ianya sedap. Aku sendiri memang gemarkan yang masak dan ranum kalau muda sangat tak sedap kelat-kelat so aku pilih tengah tengah dan kalau korang nak tahu ini paling sihat dan selamat tau.
Makan pisang ini sebenarnya korang semua kena tengok level masak ke tak buahnya dan ejas dengan keserasian perut serta apa target kita untuk kesihatan.
Damak share sikit petua dekat korang.
Pisang Tak Masak (Hijau)
Ini memang kelat ini aku pun tak makan tapi bapa aku sangat mengemarinya. Dibuatnya jadi goreng pisang ditemani dengan sambal kicap dan teh-o panas. Memang makanan tea favourite ayahku. Time kelat ini kandungan seratnya sangat tinggi yang susah dicerna oleh perut kita.
Jadi pisang hijau memang makanan kuman usus yang bagus untuk perut korang. Bagusnya pisau hijau ini juga sebab dia rendah FODMAPs. Jadi, jika korang jenis yang alah FODMAPs, elok elakkan korang makan pisang ini supaya tidak kembung.
Masalah satu je pisang hijau ini. Disebabkan dia susah cerna, jadi buat mereka yang memang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan, Hamka nasihatkan elakanlah daripada korang makan pisang yang tak masak lagi.
Pisang Masak (Kuning)
Sebenarnya lagi masak pisang ini lagi bagus korang sebab dia kaya dengan antioksidan dan yang paling penting rasanya lebih sedap sebab kandungan gulanya semakin tinggi cuma kelemahannya ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang semakin berkurang.
Kedua benda ini penting untuk wujudkan perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine, badan akan tersekat-sekat macam orang parkinson. Serotonin pula hormon yang mengawal mood korang serta penting untuk mencipta hormon tidur. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kebiasaannya kekurangan serotonin.
Makna kata, pada sesiapa yang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif, elok korang jangan banyak makan pisang ini sebab tinggi dengan ejen saraf HISTAMIN. Orang yang ada angin ni, perut dia rosak, jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen. Ini akan menyebabkan histamin terkumpul banyak dalam badan radang dan alahan dan badan akan rasa berat macam masuk angin je.
Jadi guys, nak makan pisang hijau atau yang dah masak? Terpulang kepada korang, tepuk dada tanya selera dan tengok juga tahap kesihatan korang. Makan kena beringat sikit karang kalau perut dan menjerit korang juga susah nanti.
Artikel berkaitan:
Biar betik Rafflesia wujud di Pahang?
Telinga Masuk Air? Begini Cara Mudah Keluarkannya