Walaupun aromanya kurang menyenangkan, tapi petai antara menu yang boleh memikat selera korang. Mungkin tak semua orang makan petai, tapi rasanya yang ‘pelik’ itulah yang membuatkan sesetengah masakan menjadi menyelerakan.
Abang Bob cuma tak makan petai mentah. Tapi kalau petai yang dah dicampur dalam masakan, memang layan habis! So tak hairanlah mengapa petai adalah bahan yang popular untuk digunakan dalam banyak masakan tradisi di Asia, terutamanya masakan Melayu. So hari ini Abang Bob nak share idea 5 masakan yang korang boleh buat dengan mencampurkan petai.
Sambal Kupang Daun Kunyit
Korang yang gemar makanan laut pastinya akan menikmati hidangan tradisi Sambal Kupang Daun Kunyit ini. Menggunakan air asam jawa dalam masakannya, sambal ini berasa sedikit masam manis, dan penggunaan petai memberikannya rasa lemak yang sangat syok untuk dimakan bersama nasi putih panas. Sepinggan nasi memang tak cukup!
Nasi Goreng Petai
Selalu ada lebihan nasi yang tak habis kat rumah? Simpan dalam peti sejuk nanti bolehlah cuba untuk menghasilkan nasi goreng petai waktu sarapan nanti. Untuk lagi sedap, korang boleh tambah makanan laut seperti udang, sotong, petai dan juga kacang panjang yang memberikan nasi goreng korang tekstur unik dan sedap dimakan.
Sambal Tumis Bunga Kantan Dengan Petai
Sambal tumis ini memang unik dengan penggunaan bunga kantan. So bila korang guna bunga kantan ni, sambal korang akan berbau harum berbanding sambal biasa. Lagi menyelerakan lepas korang campurkan dengan petai. Hidangan ini sempurna untuk dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam. Tak pun korang boleh cicah dengan lempeng ataupun dengan jemput-jemput.
Baca artikel ini: Murah Dan Sedap! 10 Makanan ‘Tepi Jalan’ Paling Sedap Di Dunia
Sambal Tempoyak Udang Petai
Sambal Tempoyak Udang Petai ini berasa sedikit masam dengan penggunaan tempoyak, tetapi diseimbangkan dengan rasa manis natural isi udang segar. Tambah lagi dengan penggunaan petai yang memberikan hidangan ini tekstur yang unik. Memang ngam untuk dinikmati bersama nasi putih panas. Padu betul!
Sambal Petai Udang
Jika korang tidak menggemari tempoyak, korang boleh menghasilkan Sambal Petai Udang klasik ini yang menggunakan tumisan bawang merah, bawang putih dan serai. Semua bahan tersebut akan memberikan hidangan ini rasa yang cukup lazat dan sempurna. Hidangan simple, tapi begitu menyelerakan.
Dengar jer menu berasaskan petai kat atas tu boleh buat perut berkeroncong woi! Jom laa siap-siap nak pergi cari petai. Tapi dengar cerita harga petai pun boleh tahan juga hari ini. Hahaha!
Baca artikel ini: Buat kek pakai Indomie? Nampak sedap!