Kali ni Atok nak ceritakan satu kisah lain daripada yang lain. Masih berkaitan hantu, tapi kali ni ceritanya tentang seorang janda kaya yang sanggup membunuh demi darah semata-mata untuk kelihatan cantik!
Memang sebelum ni cucu-cucu semua dah selalu dengar kisah pembunuhan yang dibuat semata-mata untuk memenuhi sesuatu hajat. Betul tak?
Selalunya orang yang melakukan kekejaman tu mengamalkan ilmu hitam dan perlu melakukan kejahatan untuk memenuhi impian mereka.
Kalau cucu semua nak tahu, kat Eropah memang terkenal dengan kisah seorang wanita bernama Countess Elizabeth Bathory Nadasdy kerana kekejamannya. Menurut mitos, wanita ini sangat dikenali sebagai seorang pembunuh bersiri yang paling prolific dalam sejarah sehingga kisahnya tercatat rapi dalam buku Guinness Book of Records!
Kisah wanita kejam kelahiran Hungary ini pernah difilemkan sehingga perlakuan wanita tersebut menjadi ikutan rakyat yang melakukan rawatan darah untuk tampil cantik.
Ceritanya begini, Bathory ni digelar sebagai wanita drakula yang memburu darah dan dianggarkan telah menyeksa serta membunuh dengan kejam kira-kira 650 orang wanita muda sekitar tahun 1585 hingga 1610.
Baca artikel ini: Toyol: Hantu Hasil Pemujaan Mayat Anak Sulung?
Tapi kekejaman Bathory ni akhirnya terbongkar lalu dia disumbat ke dalam penjara batu-bata di Slovakia yang hanya mempunyai belahan kecil untuk pengudaraan dan juga diberi makanan. Bagaimanapun, wanita kejam itu ditemui mati di dalam penjara pada 24 Ogos 1614, iaitu empat tahun selepas dia dipenjarakan.
Bathory ni merupakan seorang gadis yang lahir dalam keluarga bangsawan Hungary. Dia telah berkahwin dengan seorang hartawan pada usia 15 tahun. Tapi perkahwinannya itu tidak tahan lama selepas kematian suaminya pada tahun 1604.
Selepas suaminya mati, Bathory telah diamanahkan untuk menjaga segala harta yang dimiliki mendiang suaminya termasuk ladang getah. Sejak daripada itu, Bathory mengalami tekanan kerana dia menjalani kehidupan seorang diri dalam ladang getah.
Pembunuhan pertama yang dilakukan Bathory ialah pada tahun 1529. Caranya? Dia akan menculik wanita terutamanya yang bekerja sebagai petani dari pekan berhampiran dengan menjanjikan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan.
Tapi, wanita yang diculik itu telah diseksa seperti dibakar dan digigit sehingga mengeluarkan darah. Wanita yang turut dikenali sebagai Countess Dracula itu juga dipercayai bukan jer meminum darah gadis muda yang diseksa, malah dia juga mengamalkan mandi darah untuk mengekalkan kejelitaannya.
Selepas membunuh mangsanya, Bathory akan mencatat nama si mangsa di dalam buku. Tapi ada pihak mendakwa kisah Bathory ni telah diputar-belitkan oleh beberapa pihak yang tidak senang dengan status wanita itu sebagai janda kaya.
Ntah laa, Atok sendiri kurang pasti pasal benda ni. Tapi Atok ada terbaca kisah wanita ini di dalam buku bertajuk Tragica Historia hasil tulisan Laszio Turoczi. Kalau betul laa kisah tentang wanita drakula ni, Atok tak dapat bayangkan macam mana dia sanggup membunuh sehingga 650 orang wanita muda demi darah!
Baca artikel ini: Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Hantu