Di Malaysia baru-baru ini kecoh tentang kecurian hand sanitizer dan penutup mulut di hospital akibat tindakan oleh individu tidak bertanggungjawab yang datang melakukan saringan Covid-19
Namun lain pula yang terjadi di Auckland, New Zealand di mana sebuah khemah yang digunakan untuk saringan wabak covid yang diletakkan di luar sebuah hospital di sini hilang dipercayai dicuri.
Menurut satu laporan Facebook Polis Daerah Auckland City, Ketua Penyelamat Kesihatan Timur, Loretta Hansen memberitahu kehilangan khemah itu disedari mereka sewaktu mereka tiba awal pagi untuk menjalankan proses saringan.
Yang dasyatnya, ancang khemah itu dipotong menggunakan gergaji tetapi pencuri itu tetap kurang bijak kerana mencuri khemah yang digunakan untuk menyaring pesakit dan pencuri terbabit kini berisiko dijangkiti wabak Covid-19.
Susulan daripada itu, pihak polis memohon agar pencuri berkenaan bertindak memulangkan khemah tersebut dan menjalani ujian saringan Covid-19 secara sukarela.
Jika kamu ada khemah itu atau awak tahu di mana ia, kami (polis) amat gembira jika awak memberitahunya kepada kami tapi kalau awak ada tersentuh dengan khemah tersebut, saya saran awak serah diri di hospital supaya boleh jalani saringan Covid-19
Artikel berkaitan
Ini ‘Rare’! Pengantin Pakai Baju Hujan Waktu Akad Nikah
Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19