Sebut sahaja Lebuhraya Karak iaitu lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang, pasti kita akan sering terdengar kisah Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir, pasar bunian dan bermacam-macam lagi peristiwa mistik yang berlaku.
Jadi gaiss, hari ini Damak nak berkongsi dengan korang sebuah kisah pengalaman pembaca Damak sendiri namun kali ini bukan diganggu di lebuhraya malah Jalan Lama Karak tau gais…
Seorang remaja sekitar 25 tahun yang dikenali sebagai Shakir pernah mengalami gangguan ketika menggunakan Jalan Lama Karak kira-kira tiga tahun lalu tetapi tidak mendedahkannya di mana lokasi sebenar kejadian.
Ketika itu dia bersama dua rakannya dalam perjalanan ke Bandar Bentong untuk mencari makanan. “Ketika itu kami menetap di Suria Hot Spring Bentong selama dua hari untuk melakukan kajian universiti di daerah itu,” katanya.
Kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi dan ketika dia dan rakannya memandu keadaan yang gelap selepas sahaja selekoh secara tiba-tiba mereka terlihat cahaya terang dan melihat orang berniaga di sepanjang jalan itu.
Ketika itu masing-masing terdiam kerana mereka tahu itu bukan manusia kerana tiada manusia yang berniaga di jalan lama ini dan berniaga pada pukul 2.45 pagi. Shakir hanya mampu membaca ayat Al-Quran di dalam hati.
Namun, yang seramnya, lepas sahaja mereka melalui tempat tersebut dia cuba menoleh melalui cermin tengah dan melihat keadaan gelap gelita dan ketika itu semua mengambil keputusan mendiamkan diri sehingga tiba di kedai makan di Bentong.
Shakir tidak menyangka dirinya akan diggangu di kawasan Jalan Lama Karak namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk melalui jalan tersebut semula kerana baginya selagi kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kan.
Dia turut menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati melalui jalan tersebut kerana baginya bukanlah tempat itu yang seram tetapi keadaan jalan berliku di kawasan itu amat berisiko tinggi untuk terjadinya kemalangan.
Hamka juga tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Ada yang berani nak lalu ke tu…
Artikel berkaitan
Taman Tema Mimaland Dulu Gah Kini Jadi Tempat Berhantu?
Misteri Jambatan Bunian Port Dickson