Sejak beberapa hari lalu, penuh kat wall post Facebook Abang Bob pasal perkongsian para isteri yang menceritakan kisah lucu suami masing-masing semasa keluar membeli barang keperluan.
Yer laa, baru-baru ni, pemerintah telah mengeluarkan arahan bahawa, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan di kedai mahupun pasaraya.
Tindakan tu dibuat bagi mengelak berlaku kesesakan kat tempat umum. So nak tak nak, tugas ketua keluarga tu tentunya jatuh ke atas bahu para suami.
Tapi lain pula yang jadi, bila lelaki atau suami yang disuruh ke kedai membeli barangan keperluan dapur, berdepan dengan masalah untuk mengenal pasti barang yang diinginkan isteri masing-masing.
Haaa, pada waktu itulah ujian yang paling besar bagi kaum lelaki yang sebelum ni tugas-tugas membeli barang dapur, dorang langsung tak pernah nak ambil berat sebab semuanya diuruskan oleh si isteri.
Maka, bermulalah satu ‘perjuangan’ hebat para suami yang berperang untuk memenuhi senarai barang dapur yang dipesan oleh isteri.
Di laman Facebook, beberapa keping gambar menunjukkan betapa strugglenya si suami mencari barang yang dilihat ‘mencabar’ seperti mengenalpasti halia atau lengkuas, daun bawang atau daun Kuchai dan lain-lain lagi. Tu belum lagi bab nak kenal rempah-ratus, memang huru-hara jadinya.
Baca juga artikel ini: 14 Hari Dok Umah? Nah! 14 Menu Telur Berbeza
Salah satu posting mencuit hati dari MokcikNab Derumah: “Dah biarkan ‘head of family’ go grocery shopping. Tuhan tolonglah saya suami saya balik ke rumah dengan membawa 5 kampit tepung pulut, 2 tiub ais krim, 5kg fuchuk, 3 sikat pisang dan banyak kunyit kerana dia percaya kononnya masakan singgang mampu cegah Covid-19.
Salah seorang lagi pengguna Twitter, Carolin Anthony pula berkongsi, “Tadi pukul 2pm saya tulis senarai barang untuk dibeli, bersama jenama dan bilangan. Akhirnya dia mengalah dan minta untuk ikut sama. Tapi saya jawab ketua keluarga sahaja yang boleh pergi namun dia jawab sanggup bagi tahu polis yang isterinya lah ketua keluarga dan dia hanya pemandu. Bukan satu perkara yang mudah”. Hahaha ok ini memang lawak.
Manakala salah satu posting di Facebook pula berkongsi, “Dah macam ‘treasure hunt’ pula aku rasa. Masing-masing tengok kertas, check point banyak woi kena cari sampai dapat.
Isteri masing-masing buat senarai barang apa yang perlu dibeli. Rasa was-was ambil gambar WhatsApp kepada isteri. Lagi dahsyat ada yang buat video call.”
Ada juga yang melabelkan pembelian panik ini sebenar apabila “ketua keluarga” yang perlu membeli barang dapur seorang diri. Kalau suruh Abang Bob pun, mungkin sampai esok baru settle beli barang. Sayur bayam dengan sawi pun Abang Bob tak kenal.
Kalau benda yang kita tak biasa buat, hambek kau! Setahun sekali pergi pasar, bila dah jadi keadaan darurat macam ni, baru masing-masing timbul rasa insaf.
Sama laa macam Abang Bob, lepas kejadian ni, abang berjanji akan lebih rajin untuk ke pasar membeli keperluan dapur. Taubat dah!
Baca juga artikel ini: ‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’