Ramai di antara kita mengambil langkah dengan lebih berhati-hati bagi mengatasi penyebaran wabak koronaviurs (covid-19) yang semakin mencatatkan peningkatan bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Boleh katakana semua negara sedang mengalami wabak virus ini.
Seperti yang dilakukan di sebuah majlish perkahwinan yang di Jakarta yang meminta agar para tetamu yang hadir menggunakan ‘hand sanitizer’ menjadi tular di media sosial. Dang rasa ini salah satu langkah yang bagus dalam menghalang penyebaran virus tersebut.
Klip tersebut yang dikongsi pemilik akaun @calvingunawan_mc menerusi Instagram menunjukkan para tetamu beratur untuk memakai cecair pembasmi kuman tersebut sebelum bersalaman dengan pasangan mempelai.
Calvin turut memuat naik status yang memberitahu Majlis perkahwinan zaman ini. Pakai ‘hand sanitizer’. Sebelum dan selepas,” jelas kapsyen dimuat naik Calvin.
Penggunaan ‘hand sanitizer’ itu merupakan ilham pengantin kerana mereka tidak mahu ada tetamu yang jatuh sakit susulan penularan koronavirus (Covid-19) yang telah mencatatkan 26 jangkitan di Indonesia.
Pada mulanya, pihak menganjur majlis dan keluarga pengantin agar susah mencari bekalan cecair pembasmi kuman itu namun akhirnya mereka Berjaya mendapatkannya dan memberikan kepada tetamu yang hadir.
Difahamkan, beberapa ‘hand sanitizer’ ditempatkan di beberapa sudut di dalam dewan termasuk tempat sebelum naik ke pelamin dan kawasan para tetamu menjamu selera.
Dang berharap agar korang menjaga diri masing-masing ketika berada di tempat awam. Pastikan korang memakai keperluan yang secukupnya untuk keluar agar korang tidak mendapat menerima virus ini. Dang pun bila tengok kes semakin meningkat dah tak berani nak keluar tempat awam sebab takut pula terkena.
Artikel berkaitan Kisah lagenda Naga Tasik Chini bakal ke Hollywood
Artikel berkaitan Kemudahan parkir OKU diragut penunggang motosikal