Pelik tapi benar. Mungkin apa yang Abang Bob nak story ni susah untuk korang percaya. Tapi ia benar-benar terjadi kat seorang lelaki bernama Zhu Jiaming.
Selama 30 tahun yer, Jiaming telah mengalami masalah hilang ingatan, iaitu sejak tahun 1990. Masalah hilangan ingatan yang dialami Jiaming tu berpunca selepas dia mengalami kecederaan pada otak dalam satu kemalangan kat tempat dia bekerja.
30 tahun lalu, Jiaming merupakan seorang buruh yang berasal dari Huizhou dan telah berhijrah ke Hubei untuk bekerja sebagai pekerja binaan.
Tapi malangnya, belum pun sampai setahun dia berhijrah, Jiaming telah mengalami kemalangan di tempat kerjanya dan terus hilang ingatan.
Sejak daripada itu, dia langsung tidak pernah pulang ke kampung halamannya selama 30 tahun sebab dia tak ingat dari mana asal-usulnya.
Tambah buruk, Jiaming mendakwa dia telah kehilangan kad pengenalan diri semasa kemalangan itu berlaku selain dia turut dibuang kerja selepas kejadian.
Tapi, keajaiban terjadi selepas 30 tahun kemudian. Baru-baru ini lelaki tu dilaporkan telah mula mengingati dirinya, termasuk mula ingat dari mana dia berasal.
Semuanya gara-gara selepas dia menonton siaran berita tentang penularan wabak COVID-19 di televisyen. Masa siaran berita tu, dilaporkan bahawa COVID-19 telah menyerang kampung halamannya di Huizhou. Dengan serta-merta dia mendapat semula memorinya yang telah hilang itu.
Baca artikel ini: Tak Kisah Bergadai Nyawa, Biby Nekad Kembali Bertugas Sebagai Jururawat Walaupun Telah Bersara
Memang susahkan nak percaya apa yang berlaku kat Jiaming ni. Korang bayangkan laaa, selama 30 tahun dia hilang ingatan.
Langsung tak ingat dari mana dia datang, siapa keluarganya dan namanya sendiri pun dia tak tahu yer guys.
Bila dia dah dapat semula ingatannya, Jiaming terus ke balai polis untuk meminta pertolongan dan menceritakan masalah yang dihadapinya. Berkat bantuan pihak polis, akhirnya Jiaming dipertemukan semula dengan keluarganya melalui panggilan video call.
Dia nak balik ke kampung tak boleh sebab masa tu pemerintah di China telah mengeluarkan arahan kuarantin serta-merta ke atas penduduknya selama 40 hari.
So melalui panggilan video tu, Jiaming akhirnya dapat bercakap dengan ibunya yang kini telah pun berusia 83 tahun. Malang sekali, bapanya telah meninggal dunia sejak 18 tahun lalu. Walaupun sukar nak percaya dengan apa yang berlaku, tapi Abang Bob yakin tak ada apa yang mustahil.
Abang Bob harap, Jiaming dapat laa berjumpa dengan ahli keluarganya selepas 30 tahun berpisah.
Baca artikel ini: Alamak! Patutlah Bau Hancing Satu Apartmen