Yahooo!!! Cuti!! Masing-masing seronok agaknya bila sekolah ditutup, orang ramai diberi cuti. Ada yang kerja dari rumah. Semuanya gara-gara COVID-19.
Bila arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, masing-masing bukan reti duduk diam kat rumah. Masing-masing berduyun nak balik kampung. Nak manfaatkan waktu ‘free’ yang ada.
Tu belum kira lagi yang tak endahkan perintah jangan pergi bercuti. Abang Bob berani makan nasi 10 pinggan, kompm mesti ada yang masih berdegil.
Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan tu bukan saja-saja jer tau. Kerajaan sebaik mungkin cuba untuk mengurangkan penyebaran dan jangkitan COVID-19 dengan lebih meluas. Sebab tu korang diminta JANGAN BALIK KAMPUNG!
Benda ni telah dipesan oleh ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang meminta rakayt untuk kurangkan perjalanan.
Baca juga artikel ini: Dulu Indah Sekarang Hancur. 10 Lokasi Pelancongan Popular Terpaksa Di Tutup
Korang nak tahu tak, kat Itali sekarang ni sedang lumpuh bila kerajaan diaorang keluarkan perintah berkurung.
Puncanya? Sebab 10,000 orang balik kampung dari Kawasan merah sebelum arahan kuarantin dilaksanakan.
Sama macam situasi kat Malaysia sekarang bila masing-masing berduyun-duyun tinggalkan tempat yang korang duduk sekarang, bergerak ke tempat lain termasuk pulang ke kampung.
Virus COVID-19 dikatakan menjadi buruk dan tersebar di seluruh dunia bila 5 juta orang penduduk China keluar dari Kawasan titik utama penularan virus COVID-19, iaitu Wuhan sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan.
Nampak tak kesannya kat situ bila berlaku banyak pergerakan orang daripada kawasan ke satu kawasan lain? So Abang Bob nak pesan sangat-sangat. Jangan tinggalkan Kawasan korang!
Risikonya? Kemungkinan sebab korang, virus tu akan berjangkit kepada mak, ayah, adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran dan seluruh kampung akhirnya dijangkiti.
Orang tua yang mempunyai sejarah penyakit kronik lagi sukar untuk sembuh dan tahap kematian tinggi akibat jangkitan COVID-19 adalah daripada golongan berusia kerana antibody mereka yang lemah.
Korang tak kesian ke? Nak berjalan-jalan boleh, tapi bukan sekarang. Tolong jadi masyarakat yang prihatin pada keadaan semasa.
Lepas semuanya dan kembali normal, korang balas dendam laa dengan melancong kat mana-mana tempat pun yang korang nak. Sekarang dunia sedang berduka dan tolong ‘penjarakan’ sosial korang buat sementara waktu.