Sedih arr Abang Bob bila dapat tahu beberapa tempat percutian best kat beberapa buah negara telah ditutup. Bukan sebab tak laku, tapi sebab sikap sesetengah pengunjung yang telah membuat kerosakan sehingga tempat yang cantik tu bertukar jadi tempat buruk!
Bila dah jadi macam tu, pihak berkuasa kat sana terpaksa mengambil langkah dengan menutup beberapa lokasi percutian tersebut daripada dikunjungi orang ramai.
Korang ni pun, tolong laaa bersikap prihatin sikit. Khazanah alam yang bernilai tu jangan laa dirosakkan sesuka hati. Tapi sekarang, banyak tempat percutian popular di dunia ni dah hilang sebab rosak dan hancur disebabkan sikap segelintir pengunjung yang tak ada otak ni.
So kali ni, Abang Bob nak senaraikan 10 lokasi percutian yang dahulunya cukup popular tetapi kini telah ditutup sama ada secara sementara atau kekal.
- Maya Bay, Phi Phi Island, Thailand
Lokasi percutian ni menjadi popular dalam kalangan pelancong kerana menjadi salah satu lokasi penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. Sejak daripada itu, dianggarkan sekitar 5 juta orang pengunjung akan datang ke pulau tersebut setiap tahun. Namun, pada Jun 2018, Maya Bay secara rasmi telah ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan alam selepas berlaku banyak kerosakan terutamanya pada terumbu karang.
- Terumbu Karang , Christmas Island, Australia
Hanya dalam tempoh 10 bulan sahaja, sekitar 10% terumbu karang di Pulau Christmas dilaporkan telah rosak dan hancur. Nak tahu sebabnya? Ia terjadi sebab pemanasan global yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri.
- Air Terjun Guaira, sempadan Brazil-Paraguay
Air Terjun Guaira merupakan salah satu air terjun paling cantik di dunia. Tapi, disebabkan berlaku kikisan disebabkan terdapat pembinaan empangan tenaga elektrik di sana, batu-batu yang menghiasi keindahan airf terjun terbabit telah runtuh dan hancur. Kini keindahan Air Terjun Guaira tidak lagi seindah dahulu.
- Gua Altamira, Sepanyol
Gua prasejarah ini yang mempunyai artifak berupa lukisan pada zaman purba telah ditutup kepada pengunjung pada tahun 2002. Ia ditutup sebab berlaku kerosakan pada lukisan yang dihasilkan berpuluh ribu tahun dahulu yang terhasil daripada karbondioksida dan wap air yang dikatakan berpunca daripada nafas manusia.
- Batu Karang, Raja Ampat, Indonesia
Kawasan terumbu karang seluas 1,600 meter persegi di Raja Ampat, Indonesia ini telah rosak teruk selepas dilanggar oleh sebuah kapal persiaran pada tahun 2017. Waktu yang diambil untuk memulihkan keadaan terumbu karang itu memakan masa sehingga berpuluh-puluh tahun.
- Glasier Chacaltaya, Bolivia
Bongkah ais Chacaltaya telah terbentuk sejak 18,000 tahun lalu itu dan merupakan antara bongkah ais tertinggi di Amerika Selatan. Namun, sejak tahun 1980, bongkah ais gergasi itu mula mencair sehinggalah ia ghaib dan hilang sepenuhnya pada tahun 2009.
- Danau Poopo, Bolivia
Pada tahun 2016, Danau Poopo dikhabarkan telah kering sebab berlaku perubahan iklim selain berlaku perkembangan sektor pertanian di sana.
- Wedding Cake Rock, Australia
Merupakan sebuah Kawasan bukit yang mempunyai struktur batu bertingkat. Pada tahun 2015, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup Kawasan tersebut kerana bimbang tentang struktur dan kestabilan bukit berbatu itu kerana kebanjiran pengunjung yang terlalu ramai. Walaupun telah ditutup, masih terdapat pengunjung yang berdegil telah memanjat dan merosakkan pagar semata-mata untuk bergambar di sana.
- Duckbill, Oregon, AS
Monumen batu ini merupakan salah satu objek pelancongan yang popular sebelum ia ditutup pada Ogos 2016. Penutupan dibuat selepas terdapat sekumpulan pelancong telah menghancurkan dan merosakan struktur monument batu semula jadi di sana.
- Pont dea Arts, Paris, Perancis
Jambatan yang cukup terkenal sebagai jambatan cinta. Jambatan ini popular sebab pelancong akan menggantung manga pintu pada pemegang jambatan Pont dea Arts sebagai kenang-kenangan. Namun pihak berkuasa tempatan akhirnya terpaksa membuka semua manga yang telah dipasang sebab bimbang struktur jambatan tersebut akan runtuh kerana beban yang terlalu berat. Berat keseluruhan manga yang terdapat pada jambatan itu adalah seberat 45 ton!
So guys, itulah beberapa destinasi pelancongan yang dahulunya cukup dikenali kerana keunikan dan keindahannya, tapi kini telah ditutup atas pelbagai factor. Sayangilah alam semula jadi demi generasi akan datang. Ouch!